Tuesday 9 July 2013

SAAT MALANG PESAWAT ASIANA TERHEMPAS [ VIDEO ]





Juruterbang 777 Masih ‘Dalam Latihan’

Juruterbang Boeing 777 Asiana Airlines yang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco sedang dalam latihan untuk mengemudi pesawat berkenaan, kata syarikat penerbangan itu, semalam.

Juruterbang Lee Kang-Kuk, 46, mempunyai pengalaman penerbangan selama 43 bagi pesawat jenis berkenaan walaupun beliau berkemahiran tinggi kerana sudah melakukan penerbangan selama 9,000 jam, kata Asiana.



“Memang benar, Lee sedang dalam latihan untuk mengendali pesawat Boeing 777,” kata jurucakap Asiana.

Pada masa sama, beliau dibantu seorang jurulatih berpengalaman yang bertindak sebagai juruterbang kedua.

Asiana berkata, pesawat terbabit yang dibeli pada Mac 2006 turut dibaiki kerana kebocoran minyak dari sebuah enjinnya awal bulan lalu.

Punca nahas

Ketua Pegawai Eksekutif Asiana, Yoon Young-Doo kelmarin menolak hujah bahawa kemalangan mungkin disebabkan kegagalan mekanikal sebagai punca nahas.

Penyiasat Amerika Syarikat berkata, pesawat itu terbang lebih perlahan daripada yang sepatutnya dan seorang juruterbang meminta untuk menangguhkan pendaratan sebelum kapal terbang berkenaan terhempas.

Data rakaman pesawat juga menunjukkan bahawa Boeing 777 itu menerima amaran bahawa enjinnya mungkin terhenti sebaik saja mendekati landasan sebelum meletup dan terbakar.

Akibatnya, dua orang terbunuh dan 182 yang lain cedera.

Permintaan supaya menangguhkan pendaratan dirakamkan perakam suara kokpit kira-kira 1.5 saat sebelum pesawat terhempas, kata pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB), Deborah Hersman, yang mengetuai siasatan.

Ia adalah kemalangan maut pertama membabitkan pesawat penumpang Asiana sejak Jun 1993 apabila sebuah Boeing 737 dikendalikan syarikat sama terhempas di sebuah pergunungan di Korea Selatan menyebabkan 68 orang terkorban. – AFP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive