Saturday 13 July 2013

#IsuAirKedah !! HOI GUAN ENG, LU JANGAN LARI !!!



Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata beliau akan menemui Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk membincangkan caj penjualan air mentah dari negeri ini kepada Pulau Pinang.

Beliau berkata ini susulan Lim dilaporkan meminta untuk mengadakan perbincangan namun belum menetapkan tarikh yang sesuai.

Mukhriz berkata Lim telah salah faham mengenai tuntutan kerajaan negeri Kedah itu kerana tuntutan itu lebih bersifat menang-menang kepada kedua-dua pihak.

"Itu yang kita hendak sampaikan kepada Guan Eng namun belum sempat kita nak cakap apa-apa dia dah tolak. Sebagai negeri berjiran banyak perkara kita boleh saling bantu membantu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 280 Guru Al-Quran Sukarela dan Bidan Kampung kawasan Parlimen Jerlun pada majlis berbuka puasa di Kampung Pida Tiga, Tunjang dekat sini, malam tadi.



Mukhriz berkata perbincangan peringkat pegawai antara kedua-dua kerajaan telah dibuat dan boleh diteruskan pada peringkat kerajaan.

Lim sejak awal lagi menegaskan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan membayar caj air mentah yang dituntut oleh Kedah dengan alasan air anugerah Tuhan adalah percuma dan mengikut undang-undang antarabangsa Pulau Pinang tidak perlu membayar sesenpun kepada Kedah.

Kedah membuat tuntutan untuk mengenakan caj tersebut atas alasan air yang dibekalkan adalah melalui Sungai Muda dan wang yang dikutip akan digunakan bagi menampung kos pemuliharaan kawasan tadahan air di kawasan Empangan Pedu. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive