Thursday 11 July 2013

ADAKAH KERAJAAN MALAYSIA DIUGUT SAMPAI AIR ASIA DILAYAN SEPERTI ANAK EMAS??




Aku terkejut dengan penjelasan Timbalan Menteri Pengangkutan semalam dalam Dewan Rakyat yang mengakui bahawa Air Asia diberi layanan seperti Anak Emas oleh Kerajaan sehingga kos pembinaan Lapangan Terbang Tambang Murah KLIA2 meningkat kepada RM 4 bilion berbanding 2 bilion sebelum ini..

Peningkatan itu disebabkan sikap tamak dan gelojoh Air Asia mahu pelbagai kemudahan yang sedia ada ditambah ketahap maksimum..

Lebih menghairankan, kerajaan tidak membantah dengan permintaan melampau AirAsia, sebaliknya mengikut segala kehendak mereka..

Apa yang istimewa sangat Air Asia ni sampai Kerajaan perlu tunduk dengan desakkan Air Asia?

Kalau kos pembinaan dah meningkat kepada 4 bilion, itu bukan lagi lapangan terbang tambang murah, tapi dah setaraf lapangan mahal didunia...




Peningkatan kos pembinaan lapangan terbang tambang murah KLIA2 kepada RM4 bilion berbanding RM2 bilion sebelum ini, antaranya untuk memenuhi permintaan syarikat tambang murah AirAsia, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata AirAsia sebagai operator terbesar KLIA2 antara lain meminta penambahan keluasan dan peningkatan infrastruktur termasuk memanjang dan melebarkan landasan, menambah bilangan pintu ketibaan dan pelepasan, pengendalian bagasi automatik selain diadakan ‘premium airport lounge’.

Syarikat itu juga mahu hotel miliknya iaitu Tune Hotel dan ibu pejabatnya didirikan di dalam kawasan lapangan terbang itu.

“Banyak perkara yang kita tampung permintaan daripada AirAsia yang saya kira macam ‘anak emas’ untuk tingkatkan spesifikasi (di lapangan terbang itu), dan ini menyumbang kepada peningkatan kos pembinaan.

“Permintaan AirAsia itu perlu diambil kira kerana ia berdasarkan keperluan baru yang wujud selain perkembangan drastik industri penerbangan negara,” katanya ketika menggulung perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, di sini, Rabu.

Abdul Aziz berkata antara penambahbaikan telah dibuat termasuk memanjangkan landasan daripada 2.5km ke 4.4km dan dilebarkan kepada 2.2km, bertujuan menampung pesawat yang lebih besar seperti Airbus A380.

Ia juga melibatkan penambahan keluasan terminal daripada 150,000 meter persegi kepada 250,000 meter persegi dan jumlah pintu pelepasan dan ketibaan kepada 68 berbanding 55 dalam perancangan asal.

Penambahbaikan itu juga bertujuan untuk menampung pertambahan kapasiti penumpang kepada 45 juta setahun.
Jawapan Abdul Aziz menyebabkan Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangkit mempersoalkan apakah kelebihan AirAsia sehingga diberi pelbagai keistimewaan.

“Kenapa kerajaan asyik layan AirAsia, siapa AirAsia sehingga perlu diberi keistimewaan begitu?” soalnya.

Menjawab soalan Bung Moktar, Abdul Aziz berkata kebanyakan permintaan syarikat itu dipenuhi kerana ia berdasarkan ‘commercial logic’ dan sebagai operator terbesar, pandangan syarikat itu harus diambil kira. Kepada jawapan itu Bung Moktar sekali lagi mencelah: “Bukan kerana dia buaya besar?” katanya yang mencetuskan ketawa anggota Parlimen lain.

Terdahulu Abdul Aziz berkata kos pembinaan KLIA2 masih dianggap termurah berbanding di negara-negara lain kerana ia hanya melibatkan RM89 bagi setiap penumpang.

“Di Jerman, kos pembinaan bagi setiap penumpang ialah pada kadar RM478 dan melibatkan pembinaan selama enam tahun walaupun kapasiti terminalnya sama dengan KLIA2.

“Begitu juga pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong yang melibatkan kos RM2,143 (seorang penumpang) dan Lapangan Terbang Changi, di Singapura membabitkan RM2,906 bagi seorang penumpang. Jadi dalam banyak-banyak pembinaan lapangan terbang di dunia, terminal KLIA2 antara yang termurah dan paling cepat dibina setakat ini,” katanya.
Persidangan dewan bersambung, Khamis. – BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive