Friday 12 July 2013

PANASS !! UPAH ORANG LAIN JAGA KAWASAN, CALON PAS LEBIH PENTINGKAN PROJEK KELAS A ??



Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menyaksikan pertandingan satu lawan satu melibatkan calon Barisan Nasional Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof.

Selesai sahaja penamaan calon pagi tadi, keluar pula video kontroversi yang melibatkan calon Pas, Azlan Endut.

Dalam video kontroversi tersebut, Azlan mengakui bahawa duit gaji yang diterima dia akan digunakan untuk menguruskan perniagaannya.

…Tapi saya nak keluar sikit-sikit untuk berniaga,” jelas Azlan dalam video tersebut.

Bagaimana seseorang yang bergelar YB menggunakan gaji yang diterima untuk kepentingan diri sendiri?



Sebaliknya dia perlu mendengar masalah serta mengutamakan kebajikan rakyat dikawasannya.
Malah, Azlan juga dilihat lebih mementingkan perniagaannya berbanding rakyat dikawasan tersebut jika dia memenangi PRK.

“Kerja-kerja yang perlu diuruskan oleh seseorang wakil itu akan diuruskan oleh orang lain.

“Saya akan gaji dia…,” ujar Azlan.

Menggaji seseorang untuk menguruskan masalah rakyat tanpa menghiraukan nasib rakyat makalah dia sibuk menguruskan perniagaannya.
Adakah ini manifesto terbaik untuk dibawa kepada rakyat?

Inilah calon Pas yang ingin makan gaji buta tanpa mahu berkhidmat untuk rakyat tetapi hanya memikirkan perniagaannya dan membaham projek.

Memetik laporan TerengganuToday.com, Azlan merupakan bekas ahli UMNO yang pernah memegang jawatan saebagai Ketua Pemuda UMNO Dun Besut.
Kepada pengundi di kawasan Dun Kuala Besut, buka mata, buka telinga dan fikirkan calon terbaik anda.



Mynewshub

2 comments:

Walinong Sari said...

betulle cara dia buasttu.

Anonymous said...

Kalau dia menang,aku nak keje dgn dia.tak dapat jadi wakil rakyat tak apa,asal dapat jadi wakil kepada wakil rakyat pun ok juga.mana le tahu kut kut dia padam,ada chance juga aku jadi YB..he.he.he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive