Monday 15 October 2012

SURAT TERBUKA UNTUK KAUM MUSLIMIN DAN DR MAZA





SURAT TERBUKA UNTUK KAUM MUSLIMIN DAN BEKAS MUFTI PERLIS DATUK ARIF PERKASA DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN


Beberapa perkembangan mutakhir yang berlaku dalam negara amat membimbangkan saya. Saya seorang India yang telah memeluk Islam. Alhamdulillah, saya menerima hidayah memeluk Islam ketika menuntut di universiti.

Saya dilahirkan dalam agama Kristikan Katolik dan sehingga kini kedua ibu bapa saya masih beragama Kristian. Saya memeluk Islam sejak 15 tahun yang lalu. Ia merupakan sebuah perjalanan hidup yang paling indah dalam hidup saya.

Setiap hari saya mendalami ilmu agama Islam dan berusaha sedaya-upaya untuk mengamalkan semua ajaran Islam, di samping berusaha menyebarkan dakwah kepada rakan-rakan non-Muslim.

Pengaruh paling utama mempengaruhi saya memeluk Islam ialah buku-buku yang ditulis oleh Syeikh Ahmad Deedat. Beliau memiliki pengetahuan yang mendalam dalam bidang perbandingan agama, bahkan sering dijadikan rujukan utama seluruh dunia untuk mendakwahkan Islam kepada penganut agama Kristian.

Saya berasa amat bersyukur kepada Allah dan bertuah kerana berada di sebuah negara Islam Malaysia, dengan itu saya dapat beramal dengan ajaran Islam secara bebas. Sehingga kini saya masih lagi belajar mengenali al-Qur’an dan Sunnah melalui beberapa ilmuan seperti Ustaz Hussein Yee dan Ustaz Farid Ravi.

Syeikh Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik pula merupakan inspirasi buat saya. Saya amat meminati dan mengagumi usaha mereka bedua mempromosikan Islam ke seluruh dunia. Justeru, apabila mendapat berita bahawa Dr Zakir Naik akan datang ke Malaysia, saya berasa amat teruja dan telah membawa seluruh ahli keluarga menghadiri syarahan beliau. Baca seterusnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive