Wednesday 17 October 2012

PANASS !!! 5 KONTRAKTOR YANG DAPAT RM 2.55 JUTA NI KRONI EXCO DURHAKA TU KER ? #TUKARKEDAH



Belum pernah terjadi dalam sejarah pentadbiran negeri Kedah sebelum ini berlakunya perebutan kuasa antara Exco dan Menteri Besar dimana hampir kesemua Exco kanan memboikot perlantikan jawatan itu gara gara tidak puas hati dengan tindakkan Menteri Besar Azizan Razak yang banyak membelakangi pemimpin Pas yang lain..

MTK difahamkan tidakkan seorang Exco yang paling lantang mahu menyingkirkan Azizan itu sebenarnya sudah kantoi apabila rahsia besarnya iaitu menerima sejumlah dana dari "taukeh cina" hampir setiap malam sampai ketelinga Azizan..Wang itu dikatakan sebagai balasan kepada Exco tersebut atas beberapa projek yang dianugerahkan kepada "taukeh cina" itu..

Dulu MTK diberitahu oleh seorang rakan berbangsa cina bahawa rakannya juga telah menyerahkan sejumlah wang kepada seorang Exco Pas atas pertolongan menukar status pada geran tanahnya, tetapi dek kerana takut perbuatan beliau dihidu maka dihantar rakannya untuk mengambil wang tersebut disatu lokasi dirahsiakan..


Sebenarnya, isu ini mula timbul disaat kemelut dalaman Pas Kedah mula berlaku, MTK dimaklumkan Azizan ada juga mengugut mahu mendedahkan nama taukeh cina itu didalam mesyuarat antara pimpinan Pas pusat tetapi tidak pasti sama ada beliau ada mendedahkannya atau tidak..Lama kelamaan isu taukeh cina itu senyap begitu sahaja..


Akhirnya semalam kita dikejutkan dengan terdedahnya didalam laporan audit bagaimana Kerajaan PAS Kedah telah membayar RM 2.55 juta kepada 5 kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi melaksanakan projek Taman Seri Gemilang, Flat Seberang Terus, Taman Wira, Flat Alor Malai, Flat simpang Kuala, Flat tongakng Yard dan Taman Kota Nelayan.

Selain itu, semakan audit mendapati jadual bahan (BQ) yang disediakan bagi 181 kerja berjumlah RM390,400 di Taman Seri Gemilang dan Flat Seberang Terus adalah tidak terperinci berbanding skop yang sepatutnya dinyatakan mengikut jadual kadar.

Laporan itu juga mengesan bayaran sebanyak RM59,419 telah dibuat terhadap tuntutan kerja oleh empat kontraktor di Taman Seri Gemilang dan Flat Seberang Terus walaupun kerja sebenar yang dilaksanakan berbeza dengan kerja-kerja yang dicatatkan dalam borang tuntutan bayaran.

''Satu kontraktor didapati membuat tuntutan berulang dalam baucar yang sama berjumlah RM5,600 bagi kerja dan rumah yang sama di Taman Seri Gemilang manakala terdapat tuntutan berulang berjumlah RM2,000 oleh dua kontraktor bagi kerja dan rumah yang sama.

''Kesemua tuntutan berjumlah RM7,600 bagi kerja penyenggaraan yang berulang itu telah dibuat kepada kedua-dua kontraktor terbabit," jelas laporan berkenaan.

Teguran-teguran lain yang dinyatakan dalam laporan tersebut ialah caj kerja pembersihan berulang (RM12,500), bayaran terhadap kerja yang tidak dilaksanakan dan rumah yang tidak wujud (RM44,540) dan pembaikan kerosakan bagi rumah berpenghuni (RM169,998).

Kesemua projek projek yang dianugerahkan itu dalam parlimen Kuala Kedah dan Alor Star dimana YDP Pas kawasan itu merupakan barisan  Exco kerajaan Pas..Dan lebih dahsyat lagi ialah Pengarah bagi 5 syarikat pembinaan itu ada hubungan keluarga antara satu sama lain.

Dalam laporan audit juga ada menunjukkan ketidaktelusan serius pembayaran kepada kontraktor dimana RM 500 ribu telah dibayar dengan menggunakan nama syarikat dan akaun bank milik orang lain serta tuntutan-tuntutan yang dibuat secara berulang.

Adakah projek projek ini bersangkutan dengan taukeh cina yang menyumbang dana hampir setiap malam kepada Exco tersebut ? Barangkali projek yang dihadiahkan kepada kroni kroni ini sekadar projek makan atas angin tetapi yang melaksanakannya ialah taukeh taukeh cina yang selama ini menjadi  penyumbang kepada Pas..

Hebatkan  Pas Kedah, macamana syarikat yang tidak berdaftar dengan PKK boleh menerima projek sebanyak RM 2.55 juta..Itu belum termasuk lagi projek projek kecil dibawah PBT yang majoritinya di agihkan kepada ketua ketua cawangan Pas yang mempunyai lesen kelas F..

Itulah cara  Pas yang berselindung disebalik Islam membahagikan projek kepada kroni..Disebalik kesibukkan berpolitik Pas juga rakus membolot wang rakyat Kedah untuk penuhkan poket sendiri..

2 comments:

Anonymous said...

INI SEMUA SALAH UMNO YANG PAKSA PAS KEDAH BUAT MCM NI. TERUK BETUL LAH UMNO NI...

Anonymous said...

suka hati TT ja kata kroni exco tutttt.... lawak la...kroni sapa sebenaqnya ni????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive