Tuesday 11 September 2012

SIAPA BAKAL GANTI AZIZAN JIKA JAWATANNYA DILEPASKAN ?



Saya mendapat maklumat bahawa ramai pemimpin PAS yang rasa kecewa apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, dibenarkan keluar dari wad hospital baru-baru ini yang menandakan Pesuruhjaya PAS Kedah itu telah “sihat”.

Rasanya tidak perlulah dinyatakan di sini berkenaan nama-nama pemimpin PAS Kedah yang geram melihat Azizan mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di pejabat.

Lagipun, mereka sebelum ini puas “membahankan” Azizan sebagai “objek” gelak ketawa mereka dan menyebarkan propaganda bahawa Azizan akan mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di wad hospital itu.

Namun gelak tawa mereka dihentikan apabila Azizan “menguatkan diri” dan sanggup “menahan sakit” untuk mempertahankan kedudukan sebagai MB Kedah sehingga hari ini…


Sebenarnya saya agak terkejut apabila sumber menjelaskan bahawa keadaan kesihatan Azizan itu masih lagi memerlukan dia untuk terus berada di wad hospital swasta itu, namun MB Kedah itu dikatakan berdegil mahu keluar dari hospital berkenaan.

Khabarnya, Azizan mahu ke pejabat dan menjalankan tugas sebagai Menteri Besar serta enggan disifatkan sebagai “tunggul buruk” yang menanti untuk dijadikan “kayu api” oleh musuh-musuh politik dalaman PAS Kedah.

Diberitakan bahawa meskipun Azizan “dilepaskan” doktor, dia perlu ke hospital tersebut untuk mendapat rawatan sebanyak tiga kali seminggu dan dia bersetuju dengan syarat itu.

Saya agak terharu dengan “pengorbanan” Azizan yang sanggup bertugas meskipun menyedari bahawa dia bermain dengan maut dengan melanggar nasihat pakar perubatan yang merawatnya.

Khabarnya dia disahkan mengidap penyakit buah pinggang yang agak membimbangkan pula kali ini, betulkah begitu?

Namun rasanya Azizan perlu mengikut nasihat Rasulullah SAW untuk menghargai tahap kesihatannya dengan mendapatkan rehat yang cukup sebelum keadaan dirinya itu memudaratkan diri.

Lagipun, saya percaya bahawa kedua isterinya sudah tentu tidak mahu melihat Azizan menemui ajal kerana degil mempertahankan kuasa di dunia yang fana ini dan tidak menghiraukan kesakitan yang dialaminya.

Rasanya Azizan boleh meletak jawatan sebagai MB Kedah memandangkan kesihatan adalah lebih berharga dari kuasa, bukan?

Saya pernah diberitahu bahawa Azizan dikatakan sudah berputus asa dengan sifat para pemimpin PAS Kedah yang semakin kuat cuba menggulingkannya dari jawatan tersebut dan enggan lagi mempertahankan PAS Kedah.

Khabarnya dia tidak sayang lagi kepada kuasa yang dimilikinya namun Azizan berikrar bahawa tidak akan melepaskan jawatan MB kepada puak-puak PAS dan dia menegaskan bahawa mengembalikan kuasa pada UMNO/BN adalah lebih baik berbanding menyerahkan kuasa kepada PAS Kedah.

Saya pasti itu tidak akan berlaku, namun rasanya tidak salah untuk Azizan lepaskan jawatan MB kepada para pemimpin PAS sendiri memandangkan rakyat Kedah mahu melihat prestasi puak-puak Anwarinas di negeri itu.

Apa kata kalau Azizan lepaskan jawatan kepada salah seorang dari mereka dan selepas itu kita lihat bagaimana “hebat”nya mereka mengendalikan Kerajaan Negeri Kedah?

Bukanlah saya mahu menjahanamkan negeri Kedah. Namun saya agak teruja untuk melihat bagaimana PAS bergaduh sesama sendiri berebutkan jawatan yang ditinggalkan Azizan Razak tersebut.

Ketika itu, saya yakin bahawa seluruh peminat politik tanahair akan menumpukan fokus mereka di negeri Kedah dan percayalah bahawa “lawak jenaka” yang bakal dipertontonkan PAS itu akan menjadi bahan untuk lebih 50 tahun kemudian nanti…

SUMBER

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive