Saturday 15 September 2012

GEMPARR !!! PENDUDUK BALING JUMPA LANGSIAQ




BALING - Penduduk setempat sekitar kampung di sini terkejut apabila melihat objek seakan-akan lembaga putih pada gambar yang dirakam skuad Sinar Harian yang datang membuat liputan di kampung itu, baru-baru ini.

Lembaga atau kain putih tergantung bersebelahan pokok itu menimbulkan tanda tanya penduduk, kerana kain itu memang tidak pernah berada di situ.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Mat berkata, dia hairan apabila skuad terbabit datang semula ke situ untuk melihat kain putih yang terpapar dalam gambar yang dirakamnya beberapa jam sebelum itu.

“Saya pun lihat gambar dalam kamera itu dan ternyata memang nampak ada kain putih seperti tergantung di pokok itu,” katanya.



Pertemuan pada waktu hampir Maghrib itu mengakibatkan penduduk terus beredar dari kawasan itu kerana mula seram.

“Ada juga penduduk yang pergi periksa, tetapi memang tiada kain di situ, yang ada hanyalah pokok dan semak samun," katanya.

Mat berkata, sehingga hari ini, kain berkenaan masih lagi menjadi tanda tanya penduduk kampung yang berada di kawasan berkenaan.

Gambar kain berkenaan turut disiarkan menerusi blog yang mendakwa lembaga itu adalah langsuir dan ada yang mengatakan ia penunggu hutan...SINAR

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive