Wednesday 18 April 2012

Siri Lawatan Biro Pemuda UMNO Malaysia Ziarah Balu Nasir P.Ramlee & Bob Kuman


Siang tadi Pemuda UMNO melalui Biro Kebudayaan & Kesenian Pemuda UMNO Saudara Jamawi Jaafar menziarahi balu kepada Nasir P.Ramlee dan Bob Kuman di kediaman mereka.


Suria Bakar yang kehilangan suaminya iaitu Nasir P.Ramlee kini berhadapan dengan masalah ekoran kegagalan beliau menjelaskan tunggakan cukai pintu yang kini berjumlah hampir RM10,000.


Disebabkan kegagalan beliau menjelaskan cukai tersebut rumah yang didiaminya sejak 20 tahun akan di sita pada 18 April ini. Sejak kematian suaminya Nasir P.Ramle, Suria hanya bergantung hidup dengan RM400 sebulan dari Baitulmal yang hanya cukup untuk menampung kehidupan beliau 3 beranak.

Kehadiran Pemuda UMNO dan Zed Zaidi yang juga Timbalan Presiden Seniman turut serta melawat untuk mendengar rintihan mereka dan membantu mencari jalan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Sambung baca kat sini

1 comment:

Anonymous said...

SYABAS PEMUDA UMNO/BN..TAK RUGI BANTU KPD YG MMERLUKAN..YG PNTING IKHLAS DLM PERJUANGAN HUHUHUHU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive