Wednesday 18 April 2012

PANASS!! DUIT BALAK KERAJAAN PAS KEDAH DILEBURKAN OLEH KRONI KRONI PAS ???


Selama ini Pas yang suka bermegah megah dengan pendapatan hasil balak yang melebihi dari hasil yang dikutip oleh Kerajaan yang lalu.Tetapi kemana wang itu dibelanjakan?? Sedangkan segala kemudahan infrastruktur di Kedah gagal dikawal selia dengan baik sehinggakan wang peruntukkan jalan yang diterima dari kerajaan pusat tidak digunakan sepenuhnya..Boleh MB jawab kemana wang itu dileburkan?atau sudah mengagihkan kepada kroni kroni?Nak kata keadaan kat kedah la ni berubah tak nampak sangat pun

Isu terbaru yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid,Barisan Nasional (BN) mendakwa Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menghadapi masalah kewangan walaupun belum lagi berpindah ke kampus tetapnya yang baru di Kuala Ketil.


keadaan itu dapat dilihat sekarang ini walaupun ia masih beroperasi di kampus sementaranya di Mergong di sini.Sebagai contoh kata beliau, Kuin mempunyai tunggakan hutang sebanyak RM60,000 dengan salah sebuah klinik panelnya di sini, menyebabkan kemudahan itu dibekukan sementara waktu.

“Kini kakitangan Kuin tidak dapat lagi menggunakan kemudahan itu dan terpaksa mengeluarkan duit sendiri ketika mendapatkan rawatan di klinik berkenaan.

“Kalau dengan jumlah kecil pun tidak dapat dibayar, apa tah lagi dengan hutang yang mencecah ratusan juta ringgit membabitkan pinjaman dengan Bank Islam untuk membiayai pembinaan kampus di Kuala Ketil,” kata beliau kepada media selepas sidang Dun Kedah ditangguhkan bagi pesi pagi tadi.

Menurutnya, beliau juga mempunyai bukti bahawa beberapa syarikat kini mengemukakan saman terhadap Kuin di mahkamah akibat kegagalan isntitusi pengajian itu menepati syarat perjanjian yang dipersetujui sebelum ini.

“Sebuah syarikat megemukakan saman untuk menuntut semula kos yang dikeluarkan bagi menyediakan 300 katil untuk penginapan pelajar Kuin pada tahun lalu.

“Semuanya sudah disediakan tetapi pelajarnya tidak datang,” katanya.

Mahdzir yang juga Adun Pedu berkata, mengikut perkiraaan, Kerajaan Negeri perlu membayar RM44 juta setahun selama 15 tahun kepada Bank Islam untuk melunaskan hutang RM300 juta itu.

Selain itu, beliau mendakwa perbelanjaan untuk membayar gaji sesetengah pensyarah Kuin didapati terlalu tinggi kerana ada yang mencecah sehingga RM35,000 sebulan.

“Kita tahu sumber utama perolehan Kuin adalah dari yuran pengajian. Adakah mereka mampu mengekalkan perbelanjaan yang semakin meningkat dengan hanya bergantung kepada sumber seperti itu.

“Kita ingin mendapat penjelasan daripada Kerajaan Negeri mengenai keduudkan kewangan Kuin," katanya.

Baru baru ni juga seorang kontraktor mendakwa KUIN gagal membayar serta melunaskan hutang tertunggak melibatkan tuntutan penyediaan asrama kepada pelajar pelajar KUIN sebanyak hampir RM 1.3 juta .Boleh baca Sini untuk mengetahui lebih lanjut...

2 comments:

Anonymous said...

yg dapat gaji sampai 35k tu keja apa???

pejuang hamas...

anak kedah said...

tu dia gila babi kerajaan kedah,berhutang tak mau bayaq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive