Monday 30 January 2012

PANAS!! MAHASEWEL UUM TERLIBAT DENGAN PENJUALAN BB1M!!!

sekadar hiasan




Apa la nak jadi dengan budak budak la ni,apa yang kerajaan bagi percuma semua depa p jual asalkan boleh buat duit..




UUM Ambil Keterangan 113 Pelajar Jual Baucar Buku




SINTOK, 30 Jan (Bernama) -- Pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) akan mengambil keterangan daripada 113 pelajarnya yang dikatakan terlibat menjual Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sebelum apa-apa tindakan diambil terhadap mereka, kata Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak.


"Kita menyedari tentang penjualan baucar itu sejak bermulanya penyerahan baucar kepada pelajar. Ada individu telah mengiklankan pertukaran baucar itu untuk mendapatkan wang tunai di sekitar kampus.


"Selepas menyedari perkara tersebut, kita telah arahkan pihak keselamatan UUM membuat siasatan dan telah menahan sepasang suami isteri yang datang dari Selangor dan menyewa di apartmen UUM pada 15 Jan lepas sebelum membuat laporan polis," katanya kepada pemberita di sini Isnin.


Beliau mengulas mengenai laporan sebuah akhbar hari ini bahawa polis telah menahan sepasang suami isteri kerana disyaki membeli sekurang-kurangnya 113 baucar tunai daripada pelajar UUM di sini.



Pasangan itu yang memiliki kedai buku di ibu negara dikatakan menawarkan wang tunai RM180 kepada pelajar universiti terbabit sebagai pertukaran bagi BB1M bernilai RM200.


Mohamed Mustafa berkata pihaknya mempunyai nama semua pelajar terbabit dan akan memanggil mereka sebaik sahaja semester kedua bermula.


"Pasangan suami isteri itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan UUM dan kehadiran mereka ke kampus ini mungkin bertujuan untuk membeli baucar itu daripada pelajar," katanya.


Mohamed Mustafa berkata walaupun kes itu dianggap kes terpencil kerana hanya 113 daripada lebih 30,000 pelajar universiti itu mendapat BB1M, pihaknya kesal dengan tindakan pelajar yang tidak memikir panjang sebelum membuat keputusan menjual baucar itu.


"Sepatutnya mereka menggunakan baucar itu dengan membeli buku-buku pembelajaran dan kelengkapan pengajian, bukannya menjual baucar itu dengan sewenang-wenangnya," katanya.


Beliau meminta semua pelajar UUM yang mempunyai masalah mengenai baucar itu supaya menggunakannya di koperasi universiti.


"Jika ada antara pelajar yang baucarnya tidak diterima di kedai buku di luar kampus disebabkan beberapa masalah, mereka boleh menggunakan baucar itu di koperasi kita," katanya.




MTK
bagi salah tak bagi pun salah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive