Saturday 8 March 2014

USAHA MENCARI DAN MENYELAMAT PESAWAT #MH370 DILANCARKAN #PRAYFORMH370



Pesawat MAS Dalam Penerbangan Ke Beijing Hilang, Usaha Mencari Dilancarkan

Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan bagi menjejak pesawat Malaysia Airlines yang dilaporkan hilang hari ini semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kata ketua pegawai eksekutif kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya.

Kali terakhir isyarat daripada penerbangan MH370 itu dikesan ialah di 120 batu nautika di timur Kota Kinabalu di perairan Laut China Selatan, dan tiada petanda kecemasan daripada pesawat B777-200 dengan 239 orang dalam pesawat itu.



"Kami telah menghubungi pihak berkuasa Malaysia dan pihak berkuasa Malaysia juga telah menghubungi pihak berkuasa Vietnam kerana ia (pesawat itu) sebenarnya dalam kawasan bersempadan antara ruang udara Malaysia dan Vietnam," katanya kepada pemberita.

MAS berkata penerbangan MH370 itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara di Subang pada 2.40 pagi, kira-kira dua jam selepas ia berlepas.

Pesawat yang membawa 227 penumpang, dua daripadanya bayi dan 12 kru, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

-- BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive