Saturday 8 March 2014

LUAHAN HATI PM @NAJIBRAZAK KEPADA MANGSA PENERBANGAN #MH370 #PRAYFORMH370



Selesai sidang akhbar mengenai kehilangan pesawat MH370 di KLIA Sepang sebentar tadi. Saya telah mengumumkan bahawa ops mencari pesawat MH370 masih berterusan pada saat ini.

Dalam peringkat pertama ops mencari, kita memberi tumpuan di mana kawasan isyarat terakhir pesawat tersebut diterima, namun kita tidak dapat mengesan apa-apa setakat ini.

Oleh itu, setelah berbincang bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pengangkutan Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, Menteri-menteri lain, ketua Tentera dan agensi-agensi kerajaan, kami telah bersetuju untuk memperluaskan kawasan pencarian. Untuk memenuhi tujuan ini, kita telah menambah bilangan aset yang dikerahkan kepada kawasaan mencari pesawat ini.



Sebanyak 15 buah pesawat iaitu 4 unit C130, 2 unit Bombardier, 2 Heli Agusta, 1 unit CN 235, 4 unit EC 725, 1 unit Beachcraft, 1 unit King Air manakala 6 buah kapal dari Tentera Laut DiRaja Malaysia, serta 3 buah kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah dikerah dalam operasi ini.

Demi mendapatkan lebih impak dalam operasi ini, kita berasa kerjasama amat perlu dijalinkan dengan negara-negara lain. Saya telah mendapat persetujuan kerajaan Vietnam dan mereka telah bersetuju untuk melakukan operasi di kawasan pengairan mereka. Saya juga baru sahaja berhubung dengan Perdana Menteri China dan beliau turut menyatakan persetujuan negara China akan membantu operasi mencari dan berharap operasi ini akan diteruskan.

Amerika Syarikat, menerusi Tentera Lautnya juga turut menghantar dua buah pesawat dalam operasi yang kita jalankan.

Saya turut menerima panggilan dari Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Long, dan Singapura telah menghantar sebuah pesawat C130 untuk membantu dalam ops pencarian.

Setakat ini saya tak dapat memberi maklumat tambahan dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Kita turut mengkaji segala kemungkinan.

Saya dan para menteri telah berjumpa keluarga-keluarga penumpang dan mereka yang terlibat dalam penerbangan tersebut. Pihak MAS turut beri tumpuan dalam menghulurkan sokongan emosi kepada keluarga yang terlibat samada di sini atau pun di Beijing. Kakitangan MAS ada yang sedang berada di sana serta dalam perjalanan untuk beri bantuan kepada mangsa di Beijing.

Mari kita bersama sama memberi sokongan moral kita dan berdoa bagi mereka dan keluarga yang terlibat.

1 comment:

MyCherita said...

Marilah kita sama-sama berdoa yang terbaik bt mereka semua Pray for MH370..amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive