Friday 7 March 2014

5 TAHUN ANWAR BAKAL MERINGKUK DI PENJARA




Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara 5 thn oleh Mahkamah Rayuan slps didapati bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya enam tahun lalu.

Panel tiga hakim sebulat suara mengumumkan keputusan itu selepas dua hari mendengar hujahan pendakwa raya dan peguam bela.



Korum yang dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi turut dianggotai Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membenarkan rayuan pihak pendakwa raya dan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang sebelum ini melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan itu.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10petang hingga jam 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pihak pendakwaan kemudiannya memfailkan rayuan berhubung keputusan itu dengan melantik Tan Sri Muhammad Shaefee Abdullah mengetuai pihak pendakwa raya.

6 comments:

Anonymous said...

Ini adalah balasan dari Allah di atas segala dosa-dosa besar yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Semoga beliau bertaubat. Tapi boleh kah Allah memaafkan dosa seorang peliwat sedangkan air satu lautan pun tidak berupaya menyucikan mandi wajib seorang peliwat.

Anonymous said...

5 tahun aje???

Kutukandewata said...

AYAT BOLEHKAH ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA SEORANG PELIWAT ITU BOLEH MENGGELNCIRKA AKIDAH KITA!!!

KUN FAYA KUN!ALLAH MAHA BERKUASA DAN BOLEH BUAT APA SAJA!KALAU ADA RAHMAT ALLAH DAN DSAI TAUBAT NASUHA DSAI BOLEH TERAMPUN DENGAN RAHMAT ALLAH!!

WALLAHUALAM!!!

Anonymous said...

Anon 1917...xperlu kot ckp smpai mcm 2. Air laut xleh nk sucikan mndi wajib bagai.. Org len pn xsuka anwar gak..tp xdak pn mai hukum2 cam 2.. Jd la pnyokong umno yg reti hkum agama..br la org respek bro.. Isu tetap isu..agama tetap agama..peace..salam..

Anonymous said...

gelanggang terakhir sebelum bersemadi dipenjara yang kita tak dapat bayangkan.

kerakusan hendak menduduki takhta kuasa yang dipilih dengan jalan jahanam.

persoalan, apakah anuar jadi banduan mistri yang ada keistemawaan bila jadi penghuni penjara??? apa ke hal banduan yg lain tentu mahu layanan yg sama juga!!!

Anonymous said...

Dosa Anwar yang paling besar ialah mempermain-mainkan nama Allah dan memecah-belahkan umat Islam Malaysia, memaki-hamun orang dan ini menyebabkan orang Islam dihina. Sampai kutbah jumaat dan ayat-ayat suci Al-Qur'an pun orang-orang bukan Islam berani pertikaikan. Saudara Anwar, dahulu aku menangis semasa engkau dipenjarakan tapi sekarang tidak lagi. Minta maaf.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive