Wednesday 5 March 2014

GILIRAN KHALID PULA BANTAI RAFIZI LEMBU !!



Tak tahan kena serang kiri-kanan...Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mula menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin partinya sendiri.

Antaranya, Khalid menyifatkan tuduhan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli bahawa harga air akan naik dan memorandum persefahaman (MoU) yang diikat dengan Putrajaya tidak sah adalah tidak lebih daripada "andaian" semata-mata.

Khalid berkata beliau akan terus memberikan penjelaskan kepada pihak berkenaan daripada semasa ke semasa mengenai MoU berkenaan yang dimeterai pada minggu lalu untuk penstrukturan semula industri air Selangor dan pembinaan loji rawatan Langat 2.



"Saya ingat angka ini berpandukan kepada andaian yang dibuat. Kita akan buat beberapa penerangan terbuka tentang hal ini. Malah angka-angka itu juga tidak sama dengan angka yang kita buat bersama SPAN.

"Saya rasa saya tak mahu komen komen hal itu buat masa sekarang kerana baru sahaja selepas proses MoU.

"Maklumat itu adalah maklumat yang dimiliki oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

"Kita akan minta kelulusan kerajaan pusat untuk melepaskan dokumen tersebut. Esok saya akan ada perjumpaan dengan kerajaan pusat untuk berbincang mengenai pelepasan dokumen itu.

"Kita ada prosedur. Kalau dokumen itu milik kerajaan negeri sahaja maka saya ada kuasa. Tetapi ini antara dua pihak. Oleh sebab itu kita lakukan," katanya di sidang media selepas merasmikan Bilik Gerakan PRK Kajang, petang Isnin.

Khalid berkata demikian sebagai reaksi kepada dakwaan Rafizi bahawa perjanjian air yang dimeterai itu adalah berat sebelah, malah mungkin haram kerana ia tidak dibentangkan untuk kelulusan Exco kerajaan negeri terlebih dahulu.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR Isnin, Rafizi mendakwa MoU itu juga akan membawa kepada kenaikan harga air secara mendadak di Selangor.

Kecaman Rafizi itu dibuat selepas beberapa pemimpin PKR menegur Khalid kerana meminggirkan PKR dalam memeterai MoU itu dengan kerajaan persekutuan.

Walaupun menjadi penasihat ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri tidak di jemput kepada majlis menandatangani perjanjian itu.

Rafizi dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata Khalid harus memberikan penjelasan kepada majlis pimpinan pusat PKR mengenai MoU itu, khususnya dari segi memastikan rakyat tidak dibeban dengan sebarang kenaikan tariff air yang mendadak.-4/3/2014- agendadaily

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive