Thursday 23 January 2014

DATUK A KADIR JASIN JANGAN BUAT RUMAH DI TEPI LAUT KALAU TAKUT DILANDA TSUNAMI @Najibrazak



Semalam ada rakan bertanyakan kepada aku kenapa ramai blogger pro Umno serang peribadi Datuk A Kadir Jasin (AKJ) mengunakan media media pembangkang?, pertanyaan itu sama seperti jawapan AKJ dalam temubualnya bersama portal Malaysia Gezzete..

Sebelum nie memang aku tak ambil kisah sangat pasal serang menyerang antara blogger Pro Umno dengan AKJ, tetapi bila aku terbaca posting beberapa rakan blogger perihal AKJ jadi aku dapat simpulkan beberapa perkara tentang penulisan dalam blog AKJ.

Pertamanya penulisan AKJ nampak macam emosional,seperti ada dendam peribadi antara beliau dan DS Najib. Keduanya aku tak kisah kalau AKJ tulis pasal pentadbiran Najib sebab banyak perkara yang ditulis oleh AKJ memang itu yang rakyat rasai.. Aku pun ada masa kritik jugak tentang isu isu kenaikkan harga barang, kegagalan kerajaan ambil tindakkan kepada pembangkang dan beberapa isu lain lagi. Tapi bukan semua benda kena ditelanjangkan sehingga jadi peluru buat pihak pembangkang jadikan modal..


Blog AKJ juga aku jadikan sebagai bahan rujukan untuk aku study tentang beberapa perkara. Tapi bila AKJ mula menyerang blogger Umno, aku rasa ini satu perkara yang tak boleh diterima..

Antaranya AKJ menuduh blog blog pro Umno sebenarnya tidak membantu kemenangan BN pada PRU 13 yang lalu dan AKJ juga menuduh blogger pro Umno menyerangnya seperti membasuh seluar dalam dikhalayak ramai.

Baiklah, aku menjawab tuduhan beliau tanpa menyerang peribadi.

Jika hendak dibandingkan antara artikel yang blogger pro umno tulis dalam blog mereka setiap hari sehingga 12X30 hari artikel berbanding 8 artikel sebulan yang AKJ tulis sebelum PRU13 adakah 8 artikel AKJ membantu kemenangan BN ??

Ke 2 - jika blogger Pro Umno tak bantu kemenangan Umno, kenapa sebelum PRU 13 lalu media media perdana menjadikan blog sebagai bahan rujukkan sehingga beberapa blog pro Umno mendapat tempat di buletin Utama.?

ke 3- Hampir kesemua blogger Pro Umno bukan dari bidang kewartawanan, tetapi banyak hasil penulisan blogger menghiasi muka depan dada dada akhbar dengan pendedahan yang dilihat boleh melariskan akhbar tempatan. Adakah itu bukan satu bentuk bantuan untuk BN ?

Ke 4- Kebanyakkan blogger menulis atas dasar sukarela mereka ingin membantu kemenangan BN pada PRU lalu, contohnya di Kedah, atas inisiatif sendiri Blogger Kedah meredah hutan tebal untuk melihat sendiri pembalakkan yang dihalalkan ketika Pas mentadbir Kedah dan akhirnya isu balak yang blogger main antara punca kenapa Pas tumbang di Kedah..Ketika itu tanpa satu sen pun bantuan dari Umno.. adakah itu bukan satu bentuk bantuan kepada UMNO ?

Ke 5 - Kalau tiada pengiat media maya pro Umno adakah Umno akan menang lawan fitnah pembangkang di media maya ?

AKJ tak perlulah cepat melatah bila anda dikritik. Jika AKJ boleh kritik orang lain kenapa AKJ marah bila di kritik ??

Menyerang blogger Pro Umno dan menuduh para pengiat sosial tidak membantu kempen BN pada PRU lalu adalah satu penghinaan kepada kami.. AKJ sebagai wartawan vateran yang berpengalaman berpuluh puluh tahun dalam bidang ini sudah tentu faham peritnya menjadi blogger on the ground seperti kami..

Pendekatan perang siber sekarang tak sama macam dulu.. Perang persepsi ketika AKJ menjadi Ketua Editor NSTP juga tak sama seperti sekarang.. Jadi tak perlulah AKJ membasuh seluar dalam sendiri dikhalayak ramai dengan kata kata begitu..Takut benda yang sama akan berlaku kepada AKJ kelak..

Baca tulisan rakan blogger TF, YY, RBF


MTK
Kami tau ilmu kami ni tak sampai tahap ilmu AKJ tapi tak eloklah kata macam tu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive