Friday 20 December 2013

UMNO PUNCA MCA HILANG UNDI CINA ?? KA SIONG MENANG UNDI CINA KE UNDI MELAYU ?? @razlanrafii


Tuduhan berat yang dilemparkan bekas ketua pemuda MCA dalam ucapan Kongres Pemuda MCA semalam menuduh Umno suka mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan undi cina untuk MCA hilang dibidas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan saudara Razlan Rafii..

Baca respon balas saudara Razlan terhadap Kenyataan Bekas Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong



"Berhenti daripada menakut-nakutkan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan kononnya UMNO mengancam kedudukan kaum lain di Malaysia. Kenyataan populis sebegini tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang pemimpin MCA."

Kenyataan balas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, saudara Mohd Razlan Muhammad Rafii ini merujuk kepada ucapan oleh Bekas Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong semasa berucap pada Kongres Pemuda MCA hari ini.

Dalam ucapan tersebut, beliau mengingatkan UMNO (pemimpin UMNO) dan rakan-rakan di dalam Barisan Nasional (BN) supaya berhati-hati semasa mengeluarkan ucapan atau idea yang boleh menyebabkan sokongan pengundi-pengundi Cina hilang pada Pilihanraya Umum nanti.

Mohd Razlan mengingatkan juga Wee Ka Siong supaya mempelajari ilmu politik yang matang daripada termakan rentak tarian politik seperti DAP.

"Pemuda MCA harus melihat apa yang telah UMNO lakukan selama ini dengan memperjuangkan nasib semua kaum. Tiada satu pun nasib kaum di Malaysia ini yang tersisih daripada pandangan mata UMNO. Hasil ambil peduli UMNO selepas Merdeka sehingga hari ini, banyak kaum bukan Melayu telah mendapat manfaat daripada perjuangan UMNO sehingga melahirkan pelbagai orang bergelar jutawan."

"Tambahan pula MCA sendiri perlu keluar daripada kepompong syok sendiri dan zon selesa," katanya.

Beliau terkilan apabila hari ini MCA seakan-akan cuba mencari populariti daripada prestasi merosot BN pada PRU 13 yang lepas sedangkan umum mengetahui UMNO berjaya menambah banyak kerusi berbanding PRU 12 pada 2008.

"MCA wajib bermuhasabah diri dan berhenti melihat UMNO sebagai ancaman kepada kaum lain."

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan 


Ka Siong sepatutnya sedar diri dahulu sebelum hendak mengkritik Umno. Undi yang beliau dapat ketika PRU13 di Parlimen Ayer Hitam adalah EHSAN dari pengundi MELAYU.Kalau nak harapkan undi cina aku rasa sekor pemimpin MCA yang bertanding tak akan dapat undi dari orang cina..

Jadi ka Siong janganlah menyalak seperti anjing kurap dihadapan pereakilan MCA kononnya ucapan dia mampu mengugut Umno supaya lebih hati hati..

1 comment:

Anonymous said...

MCA lemah pun salahkan UMNO ? Dah mcm pembangkang je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive