Wednesday 18 December 2013

ALAHAI SENANGNYA HATI MAT SABU



Cakaplah apa saja pasal dirinya…Mat Sabu boleh goyang kaki bersiul sambil mendendangkan lagu ‘ Madu Tiga’…yang antara liriknya berbunyi ‘ hai senangnya dalam hati’.

Siapa kata tak seronok jadi ahli Parti Islam SeMalaysia @PAS.

Kalau tak percaya boleh tanya sama Timbalan Presiden PAS ini.Riuh sana sini tuduh empunya diri pengikut ajaran Syiah,parti itu Selasa inject ‘ubat’ bagi perkuatkan lagi stamina politiknya.

PAS umum Mat Sabu jadi Persuruhjaya PAS Pulau Pinang ganti Datuk Salleh Man.



Saham politiknya merudum teruk bila kalah di kerusi Parlimen Pendang,Kedah ditangan calon BN Datuk Othman Abdul masa pilihanraya umum ke 13.

Namun orang PAS tetap nak lawan arus tetap angkat Mat Sabu balik jadi Timbalan Presiden dalam pemilihan di muktmar baru-baru ini.

Memang seronok bang Mat…semua orang PAS buat tak faham saja isu rakaman perbualan telefon berahi yang didakwa antaranya dengan isteri orang bernama Normah.Isu itu cukup hangat satu ketika dulu.

Tiada siasatan terperinci dibuat oleh pihak parti pun untuk mendapat kepastian.

Ingat kes video 'kibar spender' yang didakwa melibatkan Setiausaha Agung PAS,Datuk Mustapha Ali…diam juga macam tak ada hal.

Opps…rakan-rakan Pakatan Rakyat nak bising apa kalau bos, Datuk Seri Anwar sendiri berdepan dengan dakwaan berkait video seks yang didedah Datuk T.

Hai senangnya dalam hati…

Kata orang kalaulah kes dakwaan macam ini melibatkan tokoh kerajaan,tentu nak pecah satu negara puak pembangkang punya melalak suruh siasat sampai lubang cacing.

Kini semua orang tertunggu-tunggu apa gerak langkah Jabatan Agama Islam Malaysia( JAKIM) yang akan terima dari Kementerian Dalam Negeri bukti-bukti yang dikatakan Gred A mengenai penglibatan Mat Sabu dalam Syiah.

Sementara itu Mat Sabu sudah kata di sidang akhbar di Ibupejabat PAS di Kuala Lumpur petang Selasa beliau nak saman Datuk Seri Zahid Hamidi kerana tuduhnya Syiah.

Kalau nak tunggu urusan masok mahkamah ini memang panjang cerita dan alamat lambatlah dapat tahu betul ke tidak betul.

Politik tetap politik…sementara semuanya terungkai secara jelas Mat Sabu boleh terus berdondang sayang.

Dalam pada itu macam-macam cakap timbul soal lantikannya sebagai Persuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Ada yang melihat lantikan itu seperti mahu menutup mulut pemimpin PAS di negeri berkenaan dibawah Salleh Man dulu yang dikatakan tidak senang dengan layanan kerajaan DAP negeri terhadap parti itu.

Ini bukan orang luar cakap.Malah ketika muktamar parti itu baru-baru ini, beberapa perwakilan PAS Pulau Pinang membangkitkan soal hubungan kedua-dua parti yang bermasalah.

Jangan lupa Mat Sabu ialah ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang.

Pelantikan Mat Sabu diumumkan dalam sidang media PAS oleh Setiusaha Agungnya Datuk Mustafa Ali selepas selesai mesyuarat PAS Pusat di Ibu Pejabat parti itu Selasa.

“Beliau anak Pulau Pinang dan dia sangat maklum dengan Pulau Pinang, atas sebab itu kita lantik beliau bagi menggantikan pesuruhjaya negeri sebelum ini,” kata Mustafa.

Bagaimanapun, diajukan soalan adakah pelantikan menggantikan pesuruhjaya sebelumnya ekoran masalah yang timbul melibatkan PAS dan DAP di negeri itu, Mustafa menafikannya.

“Pelantikan baru ini perkara biasa, ini proses ubah suai dan tiada masalah apa-apa. Dan perkara itu bukan satu masalah besar, ia perkara biasa,” katanya.

Hai senangnya dalam hati-17/12/2013 AGENDA DAILY

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive