Saturday 21 December 2013

FAKTA LEBUHRAYA !! NUAR BERAHIM PALING BANYAK LULUS KONSENSI LEBUHRAYA @RAFIZIRAMLI




UNTUK membina sebuah projek konsesi lebuhraya yang melibatkan kutipan tol, kuasa membenarkan sesuatu projek dibina terletak kepada Menteri Kewangan.

Menurut Seksyen 7(1) Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 menyatakan Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan dalam hal yang sesuai boleh membenarkan sesuatu pihak menguruskan projek lebuhraya mengikut tempoh tertentu konsesi.



Laman web Mymassa.blogspot.com hari ini menulis artikel berkenaan perkara itu.



Menurutnya, ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dari tahun 1991 hingga 1998 beliaulah menteri yang paling banyak meluluskan pembinaan konsesi lebuhraya yang masih lagi mengutip tol pada hari ini.

Lebuhraya yang diluluskan ketika tempoh Anwar sebagai Menteri Kewangan ialah Lebuhraya SKVE (1998), Lebuhraya Baru Pantai (1997), Lebuhraya Baru Shahpadu (1996), Lebuhraya Grand Saga (1996), Lebuhraya Besraya (1996), Lebuhraya LDP (1996) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (1994).

Baki lebuhraya ialah Lebuhraya Link Kedua (1994), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (1994), Lebuhraya KESAS (1994), Lebuhraya Elite (1994), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (1994) dan Lebuhraya Metramac (1991).

Betapa banyak konsesi lebuhraya yang diluluskan oleh Anwar dan ada sesetengahnya lebih daripada satu tidak sampai setahun.
Tahun 1994, ialah tahun di mana Anwar meluluskan konsesi lebuhraya paling banyak iaitu enam perjanjian konsesi diluluskan.

Anwar pastinya sedar dengan meluluskan semua konsesi berkenaan rakyat akan terbeban dengan kutipan tol yang bakal dikenakan dan ia juga akan melibatkan beberapa siri kenaikan mengikut tempoh tertentu sebagaimana termaktub dalam perjanjian.

Jadi, kini Anwar tiba-tiba bangkit hendak menentang kenaikan yang berlaku ekoran perjanjian konsesi yang beliau luluskan ketika menjadi Menteri Kewangan dulu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berhempas pulas menguruskan kehendak pengendali konsesi tol pula dipersalahkan rakyat kerana didakwa tidak mempedulikan kesusahan rakyat dengan menaikkan semua kadar tol konsesi yang diluluskan oleh Anwar.

Beliau pastinya arif tentang syarat kenaikan yang perlu diikuti kerajaan mengikut perjanjian, jika kerajaan menolak kenaikan tol, kerajan perlu membayar sejumlah besar wang sebagai ganti rugi kepada syarikat konsesi berkenaan. – MYNEWSHUB.MY

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive