Thursday 15 August 2013

ZAMBRY DEDAH PERANGAI TALAM 44 MUKA PAKATAN



Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mendedahkan sikap talam dua muka pembangkang yang menuduh kononnya wakil rakyat mereka tidak diberi peluang secara demokratik untuk melontarkan soalan lisan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut beliau, tindakan wakil rakyat pembangkang memuat naik soalan-soalan lisan di laman sosial kerana kononnya tidak berpeluang berbuat demikian di sidang DUN adalah usaha terdesak bagi mengelirukan serta membangkitkan kemarahan rakyat.



Dalam hubungan itu, Zambry meminta wakil rakyat berkenaan bertanya kepada kepimpinan pakatan pembangkang di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sama ada semua soalan yang dikemukakan wakil rakyat BN dijawab setiap kali sidang DUN berlangsung.

"Saya juga mahu tanya, ketika mereka memerintah selama 11 bulan di Perak, adakah semua soalan wakil rakyat BN dijawab? Kalau betul mereka ini demokratik, kenapa tiada satu pun soalan saya dijawab dalam sidang DUN ketika itu?

"Di Pulau Pinang baru-baru ini misalnya, sesi soal jawab pun tiada langsung. Jadi janganlah hendak berbohong kepada rakyat untuk kata anda demokratik, usah manipulasi fakta semata-mata mahu meraih sokongan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan beberapa wakil rakyat pembangkang memuat naik soalan-soalan lisan yang tidak dijawab dalam sidang DUN melalui laman sosial kerana mendakwa kononnya kesemuanya tidak dijawab dalam sidang berkenaan.

Zambry berkata, pembangkang tidak wajar menganggap rakyat terlalu naif sehingga tidak dapat memahami prosedur proses perjalanan sidang DUN yang perlu dipatuhi.

"Saya tanya semua ini kerana sistemnya begitu. Jawapan lisan misalnya biasa diberi sejam atau sejam setengah, jadi ada soalan yang sempat dijawab ada yang tidak, maka yang tidak sempat ini boleh dibahaskan selepas itu.

"Kemudian ada jawatankuasa yang memilih soalan yang mungkin menyentuh sensitiviti atau bersifat nasional. Mereka tahu semua ini, tetapi sengaja manipulasi fakta kerana hendak tanam kebencian rakyat," katanya.

Sementara itu ditanya mengenai rungutan berhubung projek Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Perwira khas untuk golongan tentera, Zambry berkata, perkara itu sudah diajukan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

"Saya sudah minta beliau melihat perkara ini semula memandangkan terdapat beberapa kesulitan yang dihadapi dan beliau akan kemukakan laporan mengenainya selepas ini", jelasnya.UTUSAN ONLINE

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive