Saturday 17 August 2013

KENYATAAN ANGKUH DAN BONGKAK SI NAZRI AZIZ



Inilah satu satunya menteri paling angkuh bila keluarkan sesuatu kenyataan.. Belum pernah lagi menteri menteri yang lain berperangai seperti Nazri nie... Nazri masih belagak seperti tidak faham kehendak akar umbi mahu seseorang menteri tidak mengamalkan kroni angkuh dan sombong..

Nazri perlu ingat walaupun alasan Nedim mampu menarik undi seramai 6000 orang muda di Padang Renggas tapi atas alasan apa namanya tertera sebagai pegawai khas di kementerian?? Lebih baik Nazri letak saja Nedim sebagai PA kawasan.. Nedim mengunakan segala jenis kemudahan di kementerian? adakah semuanya di tanggung oleh Nazri seperti pejabat dan kemudahan lain di kementerian ??

Satu lagi ini bukan soal Nedim dibayar oleh kerajaan ataupun sebaliknya tetapi imej buruk Nedim sememangnya akan busukkan nama parti..

Lagi satu, Nazri janganlah riak tentang kekayaan anda.. Bila bila masa saja Allah SWT boleh tarik balik kekayaan anda..



Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata anak lelakinya, Muhammad Nedim, bertugas dengan beliau untuk berkhidmat kepada golongan muda di kawasan Parlimen Padang Rengas di Perak.

Beliau juga berkata anaknya tidak dibayar gaji oleh kerajaan meskipun disenarai sebagai pegawai khas di bawah kementerian berkenaan.

"Beliau (Muhammad Nedim) melakukan beberapa tugas khas untuk saya dan boleh juga digelar sebagai pegawai khas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan the Red Carpet, muzium lilin interaktif pertama Malaysia di Seksyen 7 i-City di sini.

Mohamed Nazri berkata demikian ketika ditanya berkaitan status anaknya di bawah kementerian yang diterajui beliau.

Muhammad Nedim diminta menganjurkan program bagi membolehkan Mohamed Nazri berinteraksi dengan golongan belia di kawasan Parlimen Padang Rengas kerana beliau tidak memiliki akaun Facebook dan Twitter.

"Anak saya bukan ahli politik dan beliau tidak terlibat dalam sebarang urusan di kementerian saya. Saya meminta beliau melakukan tugasan untuk saya di kawasan Parlimen saya," katanya.

Mohamed Nazri berkata beliau berupaya meraih 6,000 undi daripada pengundi muda yang pertama kali membuang undi dan memperoleh majoriti lebih besar pada pilihan raya umum lepas kerana mampu berinteraksi dengan golongan muda menerusi program yang dianjur anaknya itu.

Malah, katanya, Muhammad Nedim sudah bekerja dengan beliau sejak pilihan raya umum pada 2008.- Bernama
"And of course he doesn't have to be paid, he has a lot of money, his father is rich"
"I don't care what people think. I don't care what bloggers, netizens, journalists write about me."" I don't please anybody but myself."

Ingatlah Nazri, kekayaan dan kebahagiaan datangnya dari Allah, jangan terlalu angkuh dan sombong..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive