Friday 28 June 2013

#HanyaDiKedah !! KERAJAAN KEDAH AKAN BANGUNKAN PELABUHAN DI KUALA MUDA

hiasan

Alhamdulillah.. Tak sampai 60 hari BN mentadbir Kedah, kerajaan negeri mengesahkan untuk membangunkan pelabuhan Kuala Muda..

Berita baik ini disahkan oleh pegawai kanan YAB MB bahawa rancangan untuk bangunkan semula pelabuhan Kuala Muda..

Mengikut fakta sejarah, Kuala Muda pernah menjadi pelabuhan utama bagi Kedah ratusan tahun dahulu, terutama dalam dagangan dengan Siam dengan sungainya mengalir terus ke Laut China Selatan dan fungsinya masih penting sehingga ke hari ini.

Dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia Khamis lepas, Luster Industries Bhd. mengesahkan hasratnya untuk meneroka pembangunan dan penambahbaikan ke atas pelabuhan Kuala Muda tetapi masih belum menerima sebarang pengesahan dari kerajaan negeri Kedah.



Syarikat itu baru-baru ini, dijemput oleh kerajaan negeri supaya mengkaji projek itu. Dalam konteks ini, pegawai tersebut enggan mengulas lanjut mengenai urus niaga tersebut.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary berkemungkinan akan menjadi rakan teknikal Luster di dalam projek pembangunan pelabuhan Kuala Muda.

Syed Mokhtar dilihat sebagai rakan teknikal terbaik jika diambil kira beliau kini memiliki Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor melalui MMC Corp Bhd.

Pelabuhan Kuala Muda menghubungkan tanah besar negeri itu dengan pulau Langkawi melalui hubungan laut.Adalah difahamkan bahawa pembangunan pelabuhan itu akan memanfaatkan Langkawi, terutama sekali di Pulau Rebak, yang akan membantunya menjadi satu daripada destinasi percutian utama di dunia.

Pada 2011, DRB-Hicom Bhd., satu syarikat yang dikuasai oleh Syed Mokhtar dilaporkan sedang merangka pelan untuk menjadikan Pulau Rebak sebagai pusat tarikan percutian bagi golongan kaya dan terkenal.

Kumpulan itu mahu membangunkan satu konsep 'butik' percutian mewah di sana bagi disepadankan dengan "The Residences,' 'Bvlgari Residences' dan 'Banyan Tree Ungasan' di Bali, 'Six Senses Private Residences' di Vietnam, 'The Yamu' di Phuket, 'W Residence' di Koh Samui dan lain-lain.

1 comment:

Anonymous said...

Concept macam Suez Canal?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive