Saturday 28 December 2013

TEAM BOLA KEDAH !! TAK PAYAH TUKAR LOGO, TAK PAYAH TUKAR JERSI !!



Dah alang alang geng penyokong bola sepak Kedah hat macam katak duk bawah tempurung tu tak mau logo KFA di 'new branding'kan oleh kerajaan, aku rasa jersi bola, kasut, stoking pun tak payah tukar jugak.. Pakai ja sama macam team Kedah awal 90an.. Sebab dah puak cerdik pandai yang duk komen buta tuli ni nak Team Bola Kedah seperti zaman kegemilangan macam dulu dulu..


Cuba tengok JDT, rakyat depa yang dulu tak minat bola terus jadi fanatik bola.. Boleh kata tiap tiap game stadium penuh.. penyokong JDT sanggup travel ke negeri negeri lain semata mata nak bagi sokongan..Padahal team JDT tak la kuat mana pun.. Tapi sebab branding JDT tu membuatkan nama pasukan itu GAH..

Dulu masa musim Kedah berada di liga perdana adakah ahli ahli kelab penyokong Kedah yang duk menyalak macam tutttt pi sokong ??Tak payah duk sembang deraih la kalau setakat mai stadium pun mintak tiket chemey kan..

Kekuatan Team Bola Kedah bukan terletak pada Logo tapi terletak pada pengurusan dan pemain.. Tengok dulu pretasi team baru ini, kalau tak ok jugak baru tegur..





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive