Tuesday 24 December 2013

KERAJAAN LEBIH MENGHORMATI KONSESI DARI HORMAT RAKYAT YANG BERI UNDI ??



Disini aku nak ulas sikit berkenaan kenyataan Menteri Kerja Raya tentang isu kenaikkan tol.. Katanya kerajaan perlu menghormati perjanjian konsesi demi menjaga keyakinan pelabur.

Persoalan aku mudah saja kenapa kerajaan tak cakap macam ni sebelum PRU13 dulu ? Bukankah manifesto BN adalah untuk mengurangkan tol antara bandar secara berperingkat ?

Kerajaan sepatutnya menghormati RAKYAT kerana memberi kepercayaan kepada BN agar menunaikan segala janji janji manifesto BN pada PRU lalu.. Bukannya kerajaan lebih mengutamakan kroni yang memegang saham penting dalam konsesi tol..

Kenapa kerajaan perlu ikut sangat kehendak mereka sedangkan kenderaan semakin hari semakin meningkat, malah di kawasan Lembah Klang sahaja terdapat hampir 6 juta kenderaan persendirian yang masih aktif(data JPJ 2011). Itu belum termasuk kenderaan perdagangan dan kenderaan dari negeri negeri lain..



Jika separuh daripada jumlah kenderaan yang didaftarkan di Lembah Klang adalah kenderaan beroda 4 merupakan penguna tetap lebuhraya antarabandar, adakah syarikat konsesi tidak dapat menjana pendapatan?

Jika kerajaan boleh tangguh kenaikkan tol sejak 2008 dengan membayar RM 400 juta sebagai pampasan semata mata untuk menyelamatkan BN yang hampir jatuh ke tangan Pakatan Haprak pada PRU13, kenapa sekarang tidak ??

Kenyataan penuh Menteri Kerja Raya

Isu Tol ! Kerajaan Hormati Konsesi, Jaga Pelabur

Kementerian Kerja Raya hari ini menyatakan kerajaan perlu menghormati perjanjian konsesi ditandatangani untuk terus mendapat keyakinan pelabur.

Menterinya, Datuk Fadillah Yusof dalam satu kenyataan medianya berkata, walaupun kerajaan masih mempertimbangkan langkah untuk mengurangkan implikasi kenaikan harga tol kepada rakyat namun perjanjian tersebut perlu dihormati.

Menurutnya, ia perlu bagi mendapat keyakinan pelabur dan supaya tidak menjejaskan usaha meletakkan ekonomi negara di landasan yang lebih kukuh dan berdaya saing.

“Saya ingin menjelaskan bahawa berdasarkan perjanjian konsesi sedia ada, terdapat beberapa lebuh raya di mana kadar tol akan dinaikkan pada tahun 2014.

“Namun, kerajaan masih belum mengeluarkan arahan kepada mana-mana syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat.

“Sebaliknya, kerajaan masih lagi mempertimbangkan langkah-langkah terbaik untuk mengurangkan kesan kenaikan kadar tol kepada rakyat dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak, termasuklah mengadakan makmal yang dikendalikan oleh Pemandu untuk mengkaji implikasi kenaikan kadar tol pada tahun 2014,” katanya.

Pada minggu lalu, media melaporkan kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

“Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain.

“Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui,” katanya.

Dalam pada itu, Fadillah yang juga ahli Parlimen Petrajaya berkata,kerajaan juga telah bertindak mengurangkan beban pengguna lebuh raya sejak 2008.

“Kerajaan telah melakukan penangguhan kenaikan kadar tol sejak tahun 2008 sehingga 2013 untuk 15 lebuh raya, penutupan awal plaza tol dan pemansuhan kutipan tol yang melibatkan 7 plaza tol.

“… pengurangan kadar tol yang melibatkan tiga lebuh raya dan pengstrukturan semula kadar tol yang melibatkan lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian syarikat PLUS dan Kumpulan MTD,” jelasnya. - Sinar Harian Online

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive