Sunday 22 December 2013

GEMPARR !! 2 RAKYAT MALAYSIA CEDERA DI DANNOK !!




Songkhla (Thailand): Seramai 24 orang termasuk dua rakyat Malaysia cedera dalam letupan bom berasingan menggunakan alat kawalan jauh di tiga lokasi di Wilayah Songkhla termasuk Pekan Danok berhampiran Bukit Kayu Hitam, Malaysia.

Letupan bermula di hadapan Balai Polis Padang Besar, Thailand kira-kira jam 11.30 pagi tadi sebelum disusuli letupan kedua di dalam kawasan Balai Polis Sadao yang terletak 10 kilometer daripada lokasi pertama.

Dalam dua kejadian berkenaan, letupan berpunca daripada motosikal yang diletakkan bahan letupan sebelum diletupkan menggunakan telefon bimbit.





Kira-kira jam 1.45 tengah hari, satu lagi letupan berlaku di hadapan Hotel Oliver, Danok berpunca daripada sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan hotel tiga bintang berkenaan.

Tinjauan Harian Metro di ketiga-tiga lokasi berkenaan mendapati beberapa motosikal di dalam Balai Polis Sadao mengalami kerosakan teruk, selain bahagian bawah Hotel Oliver juga musnah teruk dengan kereta dan cermin berselerakan di kawasan berdekatan.

Gabenor Wilayah Songkhla Grisada Boonrach ketika ditemui berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian letupan berkenaan.

Katanya, pihaknya hanya menutup kawasan berkenaan bagi tujuan siasatan sebelum dibuka sejurus siasatan selesai.

"Kami percaya ia dilakukan golongan yang tidak berpuas hati dengan beberapa perkara dan menyelar tindakan mereka.

"Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kami masih menunggu laporan penuh kejadian," katanya-HMetro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive