Saturday 14 December 2013

PANASS !! 17.PERMOHONAN NIKAH MUTAAH DIDEDAHKAN MUFTI SABAH !!





Mufti Sabah Bongsu@Aziz Jaafar hari ini mendedahkan beliau menerima laporan mengenai 17 permohonan kahwin mutaah (kahwin kontrak) yang menjadi amalan pengikut Syiah, di daerah Papar.

Katanya perkara itu menunjukkan fahaman Syiah kini menular ke kawasan luar bandar di Sabah.

Kewujudan usaha untuk kahwin mutaah itu terdedah kerana pemohon perlu mendapat perakuan bersumpah daripada pegawai daerah, katanya dalam ceramah bertajuk 'Golongan Syiah Melalui Perspektif Ahli Sunah Waljamaah' bersama warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia, di Kepayan, dekat sini.



Bongsu juga berkata, pihak berkuasa memantau rapi penularan fahaman itu yang boleh memecahbelahkan ummah dan memesongkan akidah umat Islam.

Fahaman Syiah ini dipercayai disebar menerusi perniagaan, pendidikan, parti politik dan juga badan bukan kerajaan, katanya. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive