Friday 13 December 2013

CINA RASUAH RM250K HANYA DIPENJARA 1 HARI DAN DENDA 200K ?? BANGSA PALING KUAT RASUAH TAPI DENDA CIPUT ??



Aku tak akan ulas panjang panjang sebab takut hina mahkamah pulak.kang tak pasal pasal aku pulak kena jail.tapi bagi yang faham akan sedar tentang perkara ini..

Bayangkan perasuah ni boleh bagi rasuah sampai RM 250 000 tapi hukuman yang dikenakan agak tak setimpal. Hanya penjara 1 hari bagi setiap pertuduhan dan denda RM 200 000.

Kalau ikut akta pencegahan rasuah Secara umumnya, hukuman bagi kesalahan rasuah ialah dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

So macamana pula dengan kes dibawah??


Seorang pengarah syarikat perikanan dihukum penjara sehari dan denda RM200,000 hari ini setelah mengaku bersalah atas tiga pertuduhan memberi suapan wang tunai berjumlah RM250,000 kepada seorang lelaki bagi tujuan melepaskan bot yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Putrajaya, enam bulan lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Rosbiahanin Arifin menjatuhkan hukuman itu terhadap Choh Chaw Khiang, 41, setelah lelaki terbabit menukar pengakuannya kepada bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan pilihan berkenaan.

Beliau memerintahkan lelaki itu dihukum penjara sehari bagi setiap pertuduhan dengan kesemua hukuman itu berjalan serentak bermula hari ini.

Tertuduh turut didenda masing-masing RM80,000 bagi pertuduhan pertama dan kedua serta RM40,000 bagi pertuduhan ketiga. Gagal membayar denda, tertuduh boleh dipenjara selama 15 bulan lagi.

Chaw Khiang mengaku memberi wang tunai berjumlah RM100,000 kepada Arman Alies kononnya untuk diberikan kepada pegawai atasan APMM Putrajaya sebagai balasan agar dua bot yang ditahan APMM atas kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 tidak dikenakan tindakan undang-undang.

Perbuatan itu dilakukannya di dalam tandas Restoran Melting Pot, Hotel Concorde, Jalan Sultan Ismail di sini pada pukul 1 pagi, 8 Jun lalu.

Dia juga mengaku memberikan wang tunai berjumlah RM100,000 kepada Arman untuk tujuan sama di Restoran Dine All Day Dining, Hotel Sri Petaling, Bandar Baru Sri Petaling di sini pada pukul 4.25 petang, tarikh yang sama.

Tertuduh turut melakukan kesalahan sama membabitkan pemberian wang RM50,000 kepada Arman untuk tujuan serupa di dalam tandas Restoran Melting Pot, Hotel Concorde, Jalan Sultan Ismail di sini pada pukul 10.50 malam, 23 Mei lalu.

Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM,) Mohd. Nur Lokman Samingan mengemukakan ketiga-tiga pertuduhan itu mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara satu perempat dari tempoh penjara yang lama sekali atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu dalam rayuannya, tertuduh yang diwakili peguam A. Vasudevan memohon hukuman yang ringan kerana anak guamnya menanggung isteri yang tidak bekerja, tiga anak masing-masing berusia 10 bulan, lima tahun dan tujuh tahun serta ibu bapa yang sudah tua.

Menurut beliau, berita mengenai anak guamnya yang disiarkan di akhbar menyebabkan perniagaannya merosot dan syarikatnya tidak mampu lagi beroperasi.

Katanya, anak guamnya menyesal dan insaf terhadap kesalahan yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu malah kini dia dan keluarganya yang menetap di Kuantan terpaksa menghadapi musibah lain setelah rumah yang didiami tenggelam akibat banjir baru-baru ini.

Namun begitu Mohd. Nur Lokman memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat di negara ini.

Utusan Online

1 comment:

Anonymous said...

Kalau melayu yang rasuah walaupun rm50 hinggit kena jel bertahun-tahun. Apalah nasib melayu kat Tanah Melayu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive