Friday 13 December 2013

MASIHKAH @Najibrazak MENDENGAR DENYUT NADI RAKYAT ??




Ketika kita mengundi bn, penyokong pembangkang katakan, undi BN untuk barang naik. Kita tak percaya kerana janji pemimpin BN ketika itu mendengar denyut nadi rakyat dan akan memastikan rakyat hidup dengan selesa, aman makmur. Ketika berkempen, slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan sering meniti dibibir pemimpin.

Selepas pilihanraya, harga minyak dinaikan dengan alasan kerajaan nak merasionalisasikan subsidi. Ya kita terima semua tu, subsidi perlu dikurangkan demi merancakkan ekonomi negara..

Selepas itu kerajaan mengumumkan untuk mengurangkan subsidi gula demi kesihatan rakyat.. Okay kita terima semua tu dan berterima kasih atas keperihatinan kerajaan.



Bila eletrik naik dengan alasan kos bahan api meningkat kita amat terkejut sebab TNB mampu menjana keuntungan sehingga 4.1Bilion setahun.. Nasib baik menteri berkenaan tidak memberi alasan pakai lilin kalau nak jimat..Sekarang tambang LRT pula dikaji untuk dinaikan, alasan 10 tahun tak pernah naik.

Pernahkah  pemimpin memahami rakyat bawahan yang bukan bergaji beribu ribu, bukan kaki projek tak dapat projek berjuta-juta dan tiada konsultan berbayar berbillion bilion??

Aku menegur bukan sebab benci tapi sebab sayangkan kerajaan dan parti memerintah inilah membuatkan aku rasa terpanggil untuk mengkritik.

Rakyat bukan mahukan projek berjuta juta tapi mahu DS Najib tunaikan janji sebelum PRU.. Jadi tunaikan janji supaya kena dengan slogan janji ditepati..

Kalau DS Najib buat macam ni(naikkan harga) tak mustahil kumpulan pengundi cina yang cukup terkenal dengan sifat tagteam mereka berjaya menduduki kerusi empuk Perdana Menteri dengan begitu mudah dengan bantuan bantuan dari orang Melayu yang kecewa dengan kerajaan yang ada sekarang..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive