Sunday 8 December 2013

#CandiLembahBujang !!! KERAJAAN KELUAR ARAHAN KEPADA PEMILIK TANAH



Semua pemilik tanah di Kedah perlu mendapatkan kelulusan kerajaan negeri dan Jabatan Warisan sekiranya ada binaan yang boleh dianggap sebagai binaan arkeologi di dalam kawasan milik mereka sebelum menjalankan sebarang kerja pembinaan.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata arahan akan dikeluarkan bagi mengelak berlakunya insiden kemusnahan di Candi 11, Sungai Batu, Lembah Bujang pada Isnin lepas, berulang kembali.

“Saya dah beritahu Setiausaha Kerajaan Negeri, dan ini akan mengambil sedikit masa kerana kita perlu mengenal pasti pemilik-pemilik tanah untuk menghantar ‘circular’ (surat pekeliling) ini,”



Mukhriz berkata pembinaan semula candi bersejarah yang wujud pada kurun ke-8 itu tidak menjadi masalah kerana candi yang dimusnahkan itu juga bukan yang asal tetapi dibina semula pada tahun 1974.

“Malah orang yang membinanya semula juga masih hidup dikenali sebagai Haji Jalil yang berada di Melaka. Kita mempunyai pelan dan tahu apakah bahan-bahan binaan yang diperlukan seperti batu sungai, laterite (tanah merah) dan bata,” katanya.

Daripada kenyataan YAB MB diatas kita lihat Kerajaan Negeri memandang serius isu candi di Lembah Bujang. Diharap tindakkan sewajarnya diambil bagi mengekalkan kota purba di negeri Kedah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive