Sunday 29 September 2013

PHAHROLRAZI KATA DIA TAK PERNAH DENDAM DENGAN UST AZIZAN ??? BETUL KE NI ??



Betul ka Phahrolrazi tak pernah berdendam dengan Ust Azizan?? Itu persoalan yang bermain difikiran para penyokong Allahyarham Ust Azizab dimana semuanya tahu sebelum ini ketika arwah menjadi MB, Phahrolrazi antara pemimpin Pas Kedah paling tidak sebulu dengan Ust Azizan..

Malah ketika kemelut perlantikkan semula Exco, Phahrolrazi dikatakan menolak jawatan tersebut disebabkan projek bernilai RM 600 juta yang diberikan oleh arwah kepada syarikat yang ada kaitan dengan pemimpin Umno..

Perkara itu disahkan oleh Phahrolrazi seorang daripada dua exco yang menolak pelantikan semula mereka ke jawatan itu sebelum ini.


Mereka menolak pelantikan semula kerana tidak puas hati dengan desakan Azizan dan Phahrolrazi sendiri mengakuinya.Sehingga Pas pusat terpaksa mengadakan mesyuarat tergempar semata mata untuk menubuhkan PEMANDU bagi memerhati kerja Ust Azizan..

Ada sumber memberitahu bahawa ketika arwah sakit tenat di hospital, ada diantara pemimpin Pas sanggup berkata " kalau mati baru aku pi tengok" disebabkan mahu membalas dendam terhadap arwah.. Dendam kesumat beberapa pemimpin Pas terhadap arwah memang tidak dinafikan..

Beberapa rakan dalam pas ada menceritakan pergaduhan antara beberapa pemimpin Pas dengan arwah..Tapi tak elok rasanya aku ceritakan disini..

Dalam Sidang Dun Kedah baru baru ini, Phahrolrazi seringkali mengaitkan kegagalan Pas mentadbir di Kedah penggal lalu adalah disebabkan arwah Ust Azizan..Sebagai contoh isu KUIN dan beberapa lagi isu besar di kedah..

Apa apa pun, helah beberapa pemimpin Pas yang kononnya mengaku tidak ada dendam terhadap arwah hanya hipokrik semata mata.. Rambut sama hitam tapi hati lain lain..


“Saya tidak pernah bermusuh ataupun pernah berdendam dengan Ustaz Azizan! Dia sahabat baik saya sejak di bangku sekolah lagi,” kata bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

Menurutnya, dakwaan yang mengatakan mereka pernah bergaduh sebelum ini juga adalah tidak benar sama sekali.

“Pada ketika itu, saya cuma mengambil pendekatan untuk mengundur diri daripada memegang jawatan exco sebab tidak mahu menyusahkan Ustaz Azizan.

“Nanti saya bagi pendapat, dia tidak setuju pula. Jadi saya buat keputusan untuk ambil sikap mengalah. Tetapi rakyat mahu saya terus memegang jawatan exco untuk kukuhkan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, mereka antara sahabat yang paling lama bersama. Bermula dari Maktab Mahmud sekitar tahun 1966, kemudian berjumpa semula pada satu majlis ketika menuntut di dua universiti berlainan.

“Persahabatan kami kekal sehingga akhir hayatnya. Meskipun berlainan peringkat usia, namun kami tetap berbincang dan bertukar pendapat semasa mentadbir negeri ini dulu,” katanya.

Phahrolrazi berkata, sepanjang pentadbiran Azizan sebagai Menteri Besar Kedah, beliau banyak membawa sifat-sifat seorang pendidik dalam negeri ini kerana mempunyai pengalaman sebagai seorang guru.

“Sebagai manusia, kita mempunyai banyak perbezaan antara satu dengan yang lain, tetapi dia banyak memberi tunjuk ajar.

“Cuma kadang-kadang itu berlaku perbezaan pendapat. Pada saya, itu perkara biasa dalam mentadbir sesebuah negeri. Bagaimanapun, penghormatan saya terhadap beliau amat tinggi,” katanya.


MTK
Ingat lagi kata kata Phahrol depan penyokongnya dirumah beliau selepas umum tidak mahu ambil jawatan exco

1 comment:

Anonymous said...

Taqiyah Syiah je tu...macam kita tak tau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive