Wednesday 2 October 2013

MAT SABU MELEPAS NAK AMBIL KERUSI SG LIMAU #PrkSgLimau



Nampaknya tiada lagi harapan untuk Mat Sabu dipilih sebagai calon apabila Pas semalam mengumumkan akan meletakkan calon muda yang mempunyai sifat ketokohan seperti Allahyarham Azizan..

Sebelum ini tersebar khabar angin bahawa Mat Sabu bersedia mengisi kerusi Dun Sg Limau memandangkan disitu merupakan kubu kuat Pas sejak tahun 1995

Semalam tersebar pula cerita Pas sedang memancing anak kepada Ust Azizan untuk dijadikan calon di sg Limau..

Selain itu, nama nama yang disebut untuk mengisi kerusi berkenaan adalah Mussodak bekas pegawai Khas Ust Azizan yang pernah menjadi calon pada PRU 12 Dun Bayu & 13 Dun Guar Cempedak.. Tapi malangnya kalah kedua duanya..





Pas dijangka meletakkan calon muda bersifat ketokohan pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Sungai Limau.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau mahu calon itu memilki sifat kepimpinan seperti bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

“Kalau boleh, kita nak calon itu seperti Azizan. Sama ada calon tempatan atau luar, itu terpulang kepada Pas negeri dan Pusat yang tentukan.

“Syarat yang kita utamakan ialah calon itu mesti boleh melaksanakan tanggungjawab dan amanah untuk membawa mesej Pas. Itu yang penting,” katanya selepas menziarahi pusara Azizan di Muassasah Darul Ulum, hari ini.

Beliau berkata, Pas yakin mampu mempertahankan kemenangan di Dun Sungai Limau dengan majoriti lebih mudah pada PRK nanti.

“Kita akan masuk bertanding dengan penuh keyakinan berdasarkan majoriti undi yang sedia ada pada PRU13 iaitu sebanyak 2,700 undi. Saya yakin dan percaya, jentera-jentera parti di peringkat bawah juga bersedia, bahkan selepas PRU13 pun cawangan kita sentiasa jaga kawasan masing-masing," katanya.

Abdul Hadi berkata, dalam soal pemilihan calon bersesuaian dan bertepatan ciri-ciri dikehendaki rakyat, pihaknya akan mendengar pandangan daripada akar umbi terlebih dahulu.-SINAR ONLINE

2 comments:

Anonymous said...

kata hari tu ramai yg x suka cara kepimpinn arwah tp sekrng dh ckp nk cari calon yg punya gaya kepimpinn mcm arwah pulak dh ! betul2 cam hamPAS !!!

Anonymous said...

Kalau PAS nak menang lebih majoriti calonkanlah Mat Sabu. Pengundi PAS Sungai Limau mesti punya sokong. Mat Sabu tu tokoh hebat PAS. Kah..kah..kah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive