Monday 30 September 2013

PANASS !!! @MukhrizMahathir BUKAN ANCAMAN KEPADA @NajibRazak



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal laporan The Economist bahawa anaknya Datuk Mukhriz akan menjadi ancaman kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya beliau menang dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno kelak.

Dr Mahathir berkata majalah kewangan yang berpejabat di London, United Kingdom itu tidak boleh memikirkan sebarang perkara baik untuk ditulis terhadap sesiapapun."Di Malaysia, kita (anggota politik) tidak mengamalkan budaya jahat itu..iaitu menyingkirkan sesiapa,"..

Baru baru ini The Economist melaporkan jika Mukhriz yang juga menteri besar Kedah menang, beliau akan diajak oleh kumpulan anti-Najib sebagai proksi bapanya dan kemudiannya seorang perdana yang lemah boleh digulingkan melalui satu gerakan dalaman.


Jika kita lihat perjalanan politik Datuk Mukhriz, beliau  melalui jalan yang berliku liku selama ini bagi membuktikan beliau tidak boleh menumpang pengaruh bapanya..

Beliau berdepan kekangan apabila memulakan karier politik ketika berusia 39 tahun, iaitu selepas Dr Mahathir bersara dari jawatan nombor satu itu pada 2003.Karier politik beliau turun naik.

Selepas pulang daripada melanjutkan pelajaran di luar negara, Datuk Mukhriz berminat untuk menyertai bidang politik, tapi beliau tidak membenarkannya sebab nak elak nepotisme.Selepas Tun Dr Mahathir bersara pada 2003, barulah Datuk Mukhriz dapat bertanding jawatan Ketua Pemuda Bahagiang Kubang Pasu. Datuk Mukhriz bertanding di kawasan di mana ayahnya menjadi ketua bahagian selama 35 tahun, walaubagaimanapun Datuk Mukhriz kalah dengan sembilan undi.

Kemudian Datuk Mukhriz bertanding pula jawatan ketua pemuda Umno dan dapat tempat tercorot.. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa Datuk Mukhriz memang tidak ada langsung aura bapanya Tun Dr Mahathir..

1 comment:

Anonymous said...

yg mana calon dianggap membahayakan pembangkang... itulah yg akan jd bahan fitnah.. dimusuhi.. supaya kalah..

yg baik dgn kubu pembangkang.. yg boleh jadi penurut ke pembangkang terutama dap.. itulah yg dipuji... anasir utk menghancur bangsa melayu bumiputera..

jd kita kena ingat... org yg dibenci pembangkang terutama dap pkr.. nuor.. org itulah yg harus kita pilih dlm pau... undilah mukhriz..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive