Friday 19 July 2013

PRK #KualaBesut ! KALAU DAH TAHU CHE LONG TAK BOLEH PAKAI BUAT APA CALONKAN DIA ? LEBIH BAIK LETAK AZHAR IDRUS



Terbaru, Azhar yang terkenal dengan pangilan ‘ustaz kemah-keming’ turut diminta diminta membantu jentera Pas di Kuala Besut bagi menarik sokongan pengundi. Ia ekoran dari laporan awal jentera parti itu yang mengatakan calon Pas, Azlan @ Endut bakal berdepan dengan laluan sukar.

Selain dari imej ‘calon cari makan’, Azlan juga dilihat sebagai calon yang bermasalah kerana tidak mendapat sokongan dari jentera akar umbi dan kepimpinan parti di peringkat negeri. Malah sokongan yang diberikan kepada Husam sebelum ini juga dikatakan sebagai punca, calon itu diboikot oleh kumpulan ulama dan jentera muslimah.



Atas semua faktor itu, Azlan dikatakan sukar untuk menandingi calon dari Barisan Nasional yang merupakan seorang anak muda professional. Selain berpendidikan tinggi, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman juga mempunyai rekod bersih dan cemerlang serta aktif mendampingi masyarakat.

Tengku Zaihan merupakan jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya, yang sebelum itu pernah berkhidmat selama lima tahun di JPS Daerah Besut. Anak kelahiran Kampung Nail, Kuala Besut itu mula mencurahkan bakti kepada masyarakat setempat setelah menyertai JPS 15 tahun lalu sebagai jurutera daerah.

SPR menetapkan 24 Julai sebagai tarikh mengundi dan PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. Pada PRU13 Mei lalu, Dr A Rahman BN menang dengan majoriti 2,434 mengalahkan calon Pas Napisah Ismail

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive