Tuesday 16 July 2013

MASALAH AYAM DI MALAYSIA MEMANG TAKKAN SELESAI KALAU



Menteri asyik bagi jawapan jangan makan ayam kalau mahal..Lepas tu suruh rakyat tukar selera.. Itu Standad jawapan menteri..

Itu saja kah solusi yang menteri boleh cakap kepada rakyat? Apa guna jadi menteri kalau masalah harga ayam tak boleh selesaikan? Apa guna ada undang undang kalau menteri tak boleh ambil tindakkan..

Menteri KPDNKK sepatutnya jaga penguna.. Bukannya sekadar boleh cakap jangan makan ayam kalau mahal..

Ingat lagi masa harga gula naik ? Menteri cakap kurangkan gula dalam makanan boleh kena penyakit.. Macam tu ja jawapan.. Adehh.. Carilah penyelesaian, jangan masih ditakuk lama.. Menteri dah tukar tapi jawapan masih sama..

Isu kenaikkan harga ayam ketika musim perayaan bukan satu pekara baru.. Dah bertahun tahun isu ini dibangkitkan..





Takkan itu pun tak boleh selesai ?? Lembu Fidlot boleh bagi pinjaman sampai 250juta, takkan untuk tampung bekalan ayam untuk musim perayaan tak boleh buat ?? Alaa, setahun 2 kali saja raya, Raya Puasa dan Raya Haji..

Banyak GLC GLC boleh dipanggil selesaikan masalah ni, tubuhkan satu anak syarikat baru untuk buka ladang ayam skala besar yang mampu tampung permintaan.. Kalau lebih, boleh export ke negara negara luar kan ??


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive