Sunday 14 July 2013

KERAJAAN BN KEDAH AKAN TUNAIKAN JANJI THAIPUSAM CUTI UMUM #Janjiditepati @MukhrizMahathir


 Kerajaan Negeri Kedah akan mengotakan janjinya semasa Pilihan raya umum ke 13 yang lalu untuk mengisytiharkan cuti umum sempena Hari Thaipusam di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan Negeri, Mohd Rawi Abd Hamid berkata, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat exco Kerajaan Negeri yang akan diadakan dalam masa terdekat.



“Kita berhasrat kerana Thaipusam sama dengan Deepavali jugak iaitu perayaan keagamaan. Saya ingat dah sampai masa dah Thaipusam dijadikan sebagai cuti umum kepada Kedah kerana negeri ni ramai (masyarakat India)..lebih 100 ribu masyarakat India..dekat-dekat 200 ribu masyarakat agama Hindu di Kedah.” Katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Pertubuhan Sri Ramak Rishna di Jalan Alor Semadom, di sini, hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai lawatan tersebut, Mohd Rawi berkata, beliau akan membawa permohonan yang dikemukakan oleh pertubuhan itu untuk perhatian kerajaan negeri.

Pertubuhan tersebut memerlukan dana berjumlah RM40,000.00 bagi menyiapkan bangunan yang sedang dalam pembinaan. –berita rtm kedah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive