Thursday 18 July 2013

INSIDEN PRK K.BESUT !! REMAJA 19TAHUN LANGGAR PEGAWAI POLIS HINGGA PUTUS KAKI




Kuala Besut, 17 Julai - Seorang pegawai polis trafik yang bertugas untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut putus kaki kanan setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Peroi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4.40 petang itu, Insp Farid Hasni Mamat, 33, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, terhumban kira-kira 10 meter berhampiran tembok sekolah akibat impak rempuhan itu.

Ketika kejadian mangsa bersama Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Pahang ASP Zainalabidin Othman, 48, sedang melakukan rondaan berhampiran kawasan sekolah itu.



Menurut Zainalabidin, selepas selesai melakukan pemeriksaan di sekolah tersebut, mereka berdua menuju ke Sekolah Kebangsaan Kampung Baru apabila sebuah kereta dari arah bertentangan dipandu laju memotong sebuah kenderaan lain.

Katanya beliau yang berada kira-kira 50 meter di hadapan mangsa sempat mengelak kereta Proton Saga yang dipandu seorang pemuda berusia 19 tahun itu namun mangsa gagal berbuat demikian.

Zainalabidin berkata selepas melanggar mangsa, kereta berkenaan yang hilang kawalan melanggar tembok pagar sekolah sehingga runtuh.

"Melihat kejadian itu saya menghampiri mangsa dan melihat sebelah kaki mangsa putus dan dijumpai berhampiran tembok yang runtuh," katanya ketika ditemui di Hospital Besut, di sini.

Menurutnya mereka berdua baru bertemu sejak Sabtu lepas dan ditugaskan untuk membantu kelancaran trafik sempena PRK DUN Kuala Besut.

Mangsa yang berasal dari Kuala Ibai, Terengganu itu dikejarkan ke Hospital Besut dengan ambulan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi rawatan lanjut.
Keadaannya kini dilaporkan stabil.

Sementara itu Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Alias Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian kemalangan itu.

Katanya suspek yang mengalami kecederaan ringan itu kini ditahan bagi membantu siasatan. - BERNAMA

4 comments:

Anonymous said...

Kalau dulu, sepenuh hati kita memberi simpati kepada polis... baik semasa bersih, polis dihina, HKR polis dimaki, balckout 505 polis dicerca kita dgn sepenuh jiwa raga mempertahankan polis, membela sambil menyerang puak PR yang menjatuhkan imej polis.....
TAPI.... sejak peristiwa polis menagkap 4 orang pemuda alphard tanpa sebarang aduan...... semua bentuk simpati dan pembelaan kpd polis kita rasakan sia2.... kini saya rasa ingin bersama puak PR pakat kutuk polis pulak....

Anonymous said...

pasal benda bodoh tu anda bersama puak PR,sbb itu je?? bengap ke apa anda ni??

Anonymous said...

Pengorbanan pihak polis patut dihargai. Yg jadi petualang patut kita hentam.

Anonymous said...

sebab awak memang pr.. sebab ni aje.. mudah benar dap main propaganda dan modus yg digunakan. dah terhasut.. belum lagi akta hasut hapus.. kena hasut sikit dah terkulai..

bayangkan jika takde akta hasut.. setiap saat kita dgr hasut fitnah... ni di besut.. anak cina tu selangor.. mudah aje kita org melayu islam labelkan semua polis
jahat... byk polis beriman dan bertaruh nyawa.. jgn lupa kisah lahad datu..

anak cina tu memang tak buat laporan mungkin ada sesuatu nak sorok.. takut sendiri.. tapi balik rumah.. keluarga cina tu yg buat laporan.. tapi laporan aneh????? semua dah tau kan???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive