Sunday 19 May 2013

GOOGLE MAP TEMUKAN ANAK DENGAN IBU KANDUNG SELEPAS 20 TAHUN DI CULIK




Seorang lelaki akhirnya bertemu semula dengan ibu bapa kandungnya setelah terpisah lebih 20 tahun, ketika dia diculik ketika kecil.

Dia mencari jalan pulang dengan menggunakan Google Maps.

Luo Gang, 23, dilahirkan di sebuah perkampungan di Sichuan namun dia telah diculik semasa berusia lima tahun ketika pulang dari tadika.

Dia kemudiannya dipelihara oleh sebuah keluarga yang sangat-sangat menyayanginya, namun memori ketika kecil bersama keluarga kandungnya itu tidak pernah dilupakan.



“Setiap hari sebelum tidur, saya memaksa diri untuk mengingati kembali masa yang saya habiskan ketika kecil di rumah ibu bapa kandung saya supaya saya tidak akan lupakan mereka,’’ katanya.

Apa yang paling diingatinya ialah dua jambatan yang ada di kampung tersebut.

Selepas memutuskan untuk mencari keluarga kandungnya, Luo telah melukis gambar jambatan tersebut dan kemudiannya memuat naik dalam sebuah laman web di China khas untuk kanak-kanak yang hilang.

Dia kemudiannya dihubungi oleh seorang pengguna web itu mengenai pasangan dari sebuah kampung kecil yang kehilangan anak, iaitu tarikh di mana Luo telah diculik.

.Kawasan itu pula, sama seperti lakaran Luo dalam lukisan itu, sekali gus mengesahkan mengenai apa yang dicarinya selama ini.

Dengan menggunakan imej satelit Google maps di kawasan Taojiaba, Lua dapat mengingati semula dua jambatan tersebut.

Dia kemudiannya berjaya menemui semula ibu bapa kandungnya yang tidak pernah berputus asa untuk mencari anak kandung mereka itu.

Setakat ini tidak diketahui sama ada keluarga angkat Luo akan berdepan tuduhan jenayah.

Mynewshub

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive