Saturday 5 January 2013

KRISIS AIR !! SAMPAI KE SUDAH KHALID TAKKAN MENGAKU !!




Hampir seminggu lebih penduduk kota di Lemah Klang terpaksa "berkering" akibat ganguan bekalan air berpunca daripada kerosakkan rumah Pam di Wangsa maju dan Pudu Hulu..

Sebenarnya rumah rumah Pam ini dibawah tanggungjawab Kerajaan Negeri Selangor kerana sebelum ini Syabas telah beberapa kali menghantar laporan mengenai kerosakkan yang bakal dialami di rumah rumah Pam tersebut..

Namun Kerajaan Selangor menyekat segala modal perbelanjaan untuk Syabas melakukan penambahbaikkan di rumah rumah pam di kawasan lembah Kelang..

Jadi Syabas terpaksa membenarkan rumah rumah pam tersebut bekerja melebihi kapasiti pengeluaran bagi menjamin penduduk di Lembah Klang terus mendapat bekalan air bersih..

Kemuncaknya pada minggu lepas, hampir 100 ribu penduduk di Gombak, Wangsa Maju dan Ampang terpaksa menerima akibat daripada kegagalan Kerajaan Selangor..



Rumah Pam yang berfungsi membekalkan air bersih di beberapa kawasan di Gombak, Wangsa Maju dan Ampang mengalami kerosakkan akibat daripada pengeluaran melebihi kapasiti yang ditetapkan..

Hampir Seminggu Khalid berdiam tanpa memberikan sebarang komen tentang hal ini, sebaliknya beberapa Exco bersuara menyalahkan Syabas kerana sengaja lambat perbaiki kerosakkan pada rumah pam tersebut..

Semalam, barulah Khalid bersuara itupun tidak serius dalam menangani masalah air ini sebaliknya menyuruh agar Syabas tidak memberikan alasan tiada wang untuk memperbaiki pam yang rosak..

Khalid juga berkata jika Syabas tak mampu Kerajaan Selangor bersedia untuk mengambil alih Syabas..Dalam nada berseloroh “Mungkin Syabas takut Kerajaan Negeri mahu mengambil alih, jadi mereka cepat-cepat baikinya,”..(Klik Sini Kenyataan penuh Khalid)

Sebenarnya HUTANG TERTUNGGAK YANG PERLU DIBAYAR OLEH Kerajaan Selangor kepada Syabas sebanyak RM2 billion masih belum diselesaikan. Jadi macam mana Syabas nak lakukan kerja baik pulih dan selengara jika ada paip atau pam yang rosak?

Khalid juga tahu bahawa Kerajaan Selangor mempunyai peratusan saham dalam Syabas, jadi jika Syabas tidak mampu untuk mengurus syarikat, inilah peluang Khalid untuk membeli Syabas dengan harga murah..

Taktik politik sempit Khalid dalam isu air di Selangor sebenarnya sudah dihidu ramai pihak..Namun masih ada menganggap isu krisis air ini tidak serius..Jika pembaca mengikuti isu krisis air ini dari mula..Pasti anda merasai bencana yang bakal dialami oleh penduduk Lembah Klang..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive