Sunday 30 December 2012

KALIMAH ALLAH !! PAS AKAN TUNDUK DESAKKAN FATHER JOSEPH GUAN !!




DAP sekali lagi memainkan isu kalimah ‘Allah’ untuk digunakan di dalam kitab Injil Kristian. Isu hampir sama pernah menjadi hangat ketika Pilihanraya Sarawak di mana PAS bersetuju untuk membenarkan Injil dicetak dalam Bahasa Melayu. Isu ini dikatakan sama kerana kedua-duanya bertujuan untuk menyebar Kristian di kalangan orang-orang Melayu Islam.

Memandangkan PAS telah pun bersetuju dengan Injil berbahasa Melayu, maka kita tidak hairan jika PAS juga akan akhirnya bersetuju dengan DAP agar kalimah Allah digunakan oleh Kristian mahupun agama lain bagi memastikan Tokong mereka iaitu Lim Guan Eng gembira. Walaubagaimanapun, seperti biasa, sebelum bersetuju, PAS akan terlebih dahulu bersandiwara dengan berpura-pura menentangnya.

Sandiwara menentang cadangan DAP ini penting bagi membeli masa sebelum pilihanraya bagi melenyapkan isu Amanat Hadi, Tanah Kelantan, Balak Kedah, Air Selangor dan lain-lain lagi yang amat menyesakkan dada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Namun, sandiwara yang pengakhirannya sudah dijangka amatlah membosankan dan seeloknya, PAS dan DAP hentikanlah saja lakonan mereka.



Ini kerana semua orang sudah sedia maklum bahawa di akhir sandiwara ini, PAS tetap akan akur kepada kehendak Tokong Lim DAP. Lagipun, kenapa pula kali ini PAS ingin menentang penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Injil sedangkan Presiden PAS sendiri pernah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 5 Januari 2010, yang membenarkannya.

Kenyataan ini boleh dilayari di laman rasmi PAS seperti di bawah:

http://pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=2603:kenyataan-rasmi-presiden-pas-mengenai-isu-kalimah-allah-&catid=20:kenyataan-rasmi&Itemid=99

Antara petikan kenyataan rasmi Presiden PAS tersebut ialah:

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Tetapi, hari ini apabila Tokong Lim membangkitkan isu ini sekali lagi dalam perutusan Krismasnya, beliau ditempelak pula oleh Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi, sebagai mengelirukan umat Islam di negara ini. Katanya, “PAS mengambil pendirian seperti diputuskan Majlis Syura parti sebelum ini, tidak bersetuju dengan desakan mana-mana pihak berhubung isu berkenaan.”

Apa ceritanya ini? Apakah Majlis Syura PAS tidak sependapat dengan Presiden PAS?

Jika benar, nampaknya Presiden PAS mungkin bersendirian dalam menyokong Tokong Lim kerana dalam satu laporan di Harakah (http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_ content&task=view&id=019648&Itemid=96), Nik Aziz juga telah menafikan yang beliau menyokong penggunaan nama Allah oleh bukan Islam itu sepertimana yang dilaporkan oleh media perdana. Antara petikan kenyataan di Harakah yang dibuat oleh Setiausaha Politik beliau, Anual Bakri Harun adalah seperti berikut:

“Wartawan silap memahami apa yang disebut Menteri Besar (Nik Aziz) kerana perkataan Allah hanya boleh digunakan bagi mereka yang telah menerima Islam. Bagi memahami konteks yang disebut Menteri Besar dengan lebih jelas kita kena memahami maksud surah Al Ikhlas iaitu Katakanlah (ya Muhammad), Dialah Allah yang Maha Esa, Allah yang dituju (meminta hajat). Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada satu pun yang menyerupaiNya. Oleh itu jelaslah nama Allah hanya wajar digunakan bagi mereka yang telah beriman dan tidak boleh menyalahi sifat 99 namaNya,” kata beliau di sini.”

Namun, carian seterusnya menemui yang sebaliknya di mana pada 21 Januari 2010, Nik Aziz pernah membuat kenyataan seperti berikut yang disiarkan oleh Harakah juga:

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tiada halangan bagi masyarakat bukan Islam negeri itu menggunakan kalimah ‘Allah’, baik dalam pertuturan maupun dalam buku-buku agama mereka.

1 comment:

tukang telek said...

Haramjadah punya pemimpin PAS terutama Nik Najis dan Hadi Bawang. Bercakap berpusing pusing perbodohkan puak puak yang taksub dgn mereka melainkan orang orang yang berakal nampak pembohongan yang mereka lakukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive