Sunday 30 December 2012

HUTANG HADI KEPADA RAKYAT




LEBIH 30 tahun Pas menggunakan Amanat Haji Hadi untuk meraih undi Melayu sehingga berlaku perpecahan dalam masjid, kenduri kendara, perkahwinan, sembelihan dan melihat UMNO sebagai kafir kononnya sebab bekerjasama dengan kaum bukan Melayu dan mengekalkan perlembagaan penjajah.

Dengan kuasa Allah SWT pada hari ini Haji Hadi Awang ditakdirkan menjadi Presiden Pas. Dan tidak semenamena beliau menjilat ludahnya balik tanpa segan silu bekerjasama dengan DAP.

Dan amat malang sekali, konsep negara Islam yang diperjuangkan oleh arwah Ibrahim Memali yang terbunuh akibat terpengaruh dengan amanat tersebut dibuang demi menjayakan kerjasama tersebut.

Dari segi demokrasi, Pas sanggup bekerjasama dengan DAP kerana faktor Anwar Ibrahim dan ingin menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional sahaja. Sebab itu Pas sanggup buang dan tidak mampu mempertahankan konsep negara Islam.



Haji Hadi dan Pas tidak peduli semua itu. Mereka pun nampaknya seperti sudah dijangkiti penyakit gila kuasa pula.

Apa pun, rakyatlah yang akan membuat hukuman. Kebanyakan rakyat Malaysia kuat agama, suka kepada kebenaran, suka kepada ilmu pengetahuan dan suka melakukan transformasi kerana sebenarnya rakyat Malaysia tidak suka ditipu.

Keengganan Pas dan Haji Hadi menarik balik Amanat beliau itu barangkali kerana ingin menguji kebijaksanaan dan kekuatan akidah rakyat sama ada terus menyokong perkara tidak betul atau menyokong perkara yang betul selaras dengan kehendak Allah SWT.

Bagi penulis, politik adalah medan dakwah terbaik dan tidak harus disalahgunakan untuk menyesatkan akidah dan menggalakkan perpecahan yang amat ditegah oleh Allah SWT.

Justeru, sepatutnya amanat tersebut memang telah lama wajib ditarik balik. Janganlah apabila sudah kalah pilihan raya nanti baru hendak tarik balik.

Justeru, Haji Hadi ada hutang untuk diselesaikan kepada rakyat.



CHEREDZA
SIK KEDAH

FORUM UTUSAN MALAYSIA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive