Saturday 17 November 2012

PATUTLAH RAMAI YANG TIDUR RUPANYA BOSAN DENGAR PEMIMPIN DUK MERAPU




Muktamar PAS ke-58 yang bermula hari ini berlangsung dalam keadaan selesa dan tenang. Bagaimanapun, ianya kelihatan agak terlalu tenang bagi sebuah parti yang kononnya sedang bersiap sedia untuk ‘berperang’ dalam PRU yang akan datang.

Semua wakil-wakil Pemuda, Muslimah dan Ulama bagaikan terlalu berhati-hati dalam membentangkan usul. Ini tidak menghairankan memandangkan PAS berada dalam keadaan sukar atau serba tak kena akhir-akhir ini. Dilema PAS yang paling besar ialah untuk menjaga hati sekutu dan juga penyokong akar umbi mereka sekali gus, sedangkan kehendak kedua-dua pihak ini adalah bertentangan sama sekali.

Beberapa isu yang mampu merobek kepercayaan penyokong dan menghancurkan kerjasama PR ialah Hudud, Kebebasan memilih agama bagi Umat Islam, Halatuju kerjasama PAS-DAP-PKR, pembahagian kerusi Pilihanraya dan jawatan Perdana Menteri. Dua perkara yang paling menggerunkan PAS jika dibangkitkan oleh perwakilan pula ialah soal keikhlasan DAP dan soal ‘kesucian’ Anwar Ibrahim.

Sedangkan, perkara inilah yang menjadi masalah besar di peringkat akar umbi kerana ia memperlihatkan bagaimana PAS tersasar jauh dari landasan asal. Rata-rata mereka berharap yang Muktamar kali ini akan menjelaskan segala keraguan dan kembali membawa keyakinan kepada perjuangan PAS.



Menyedari hati budi akar umbi yang bimbang melihat PAS tersasar dari landasan asal, maka Muktamar kali ini telah menegaskan bahawa hukum hudud akan tetap dilaksana sekiranya PR menang dan parti itu mendapat majoriti di parlimen dan diluluskan.

Untuk itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib berkata, "Dalam pakatan kita sudah bersetuju secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud, tetapi syariat Islam itu akan dilaksanakan bila kita berjaya untuk mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia, tapi syariat Islam itu akan dilaksanakan mengikut lunas-lunas demokrasi.”

Bagi akar umbi PAS yang masih kabur, penegasan ini samalah dengan berkata bahawa perlaksanaan hukum hudud dalam pemerintahan PR adalah bergantung kepada rakyat, DAP dan PKR, dan bukannya PAS. Dalam ertikata lain, tiada jaminan yang ianya akan dilaksanakan atau lebih tepat tidak mungkin akan dapat dilaksanakan berdasarkan sifat rakyat negara ini yang majmuk, serta sifat PAS yang akur kepada sistem demokrasi.

Justeru, jika penyokong PAS mengharapkan perubahan drastik atau ketara ke arah Islam jika PR memerintah, maka mereka wajar berhenti berharap.

Dalam memperkatakan hukum hudud, Harun Taib juga mengingatkan penyokong akan ‘kemungkinan mendapat majoriti di parlimen’ yang mana kemungkinan ini adalah tertakluk kepada majoriti kerusi yang ditandingi dalam pilihanraya serta jumlah kemenangan.

Apabila kita bercakap tentang ‘kemungkinan’ maka ia bermakna tidak mustahil keadaan akan menjadi sebaliknya.

Maka, tidak boleh tidak, bagi memastikan PAS mampu menjadi peneraju kalaupun tidak pendesak kepada perubahan-perubahan ke arah pemerintahan yang lebih Islamik, PAS perlu terlebih dahulu memastikan parti mereka bertanding dan seterusnya memenangi lebih banyak kerusi dari PKR dan DAP.

Inilah yang menjadi keraguan akar umbi PAS iaitu kemampuan PAS untuk bertanding dan menang lebih banyak kerusi dari sekutu mereka. Jika PAS gagal, maka senario pemerintahan PR pastinya membawa aspirasi Malaysian-Malaysia DAP dan juga liberal dan pluralis PKR di mana jangankan hudud mahupun Negara Islam PAS akan tinggal mimpi, tetapi Islam sebagai agama rasmi yang dijaga rapi oleh UMNO juga akan dikuburkan sekali.

Malangnya, kebimbangan akar umbi ini telah ditolak ke tepi oleh para Ulama, kepimpinan Pemuda dan Muslimah PAS. Maka, semestinya, ia juga ditolak ke tepi oleh kepimpinan tertinggi PAS. Walaupun para pemimpin kecil dan besar PAS di dalam Muktamar ini masih terus teruja untuk menghadapi PRU, namun mereka pasti sedar bahawa keterujaan itu tidak dikongsi oleh akar umbi.

Kerana itu, Muktamar ke-58 adalah muktamar yang membosankan kerana ia tidak membawa jiwa perjuangan seperti selalu, tetapi ia membawa jiwa kacau dan bercelaru. Segala keraguan terbuku di hati, tidak dapat diluahkan kerana bimbang menyinggung DAP.

Kesimpulannya, para penyokong PAS perlu menerima hakikat bahawa kepimpinan anda sedang memaksa anda menerima dua kemungkinan sekiranya PR menang dalam PRU kali ini, iaitu:

1. Jika PAS berjaya menjadi majoriti di Parlimen, parti itu tetap tidak mampu menjamin yang hudud akan dilaksanakan.

2. Jika PAS menjadi minoriti di Parlimen, hudud pasti tidak akan dilaksanakan kerana negara ini akan diisytihar sebagai Negara Sekular dan Islam bukan lagi agama rasmi

BERUANG BIRU

3 comments:

Pemikir said...

Asal semua lentok je ni... boleh share gambar tak di blog saya. hehehee
www.suarapemikir.blogspot.com

Medan Tempur Kedah said...

Boleh bro no problem

Anonymous said...

Allah tidak akan makbulkan doa orang yang :-
(1) bersahabat dengan isblis ...
(2) mahu menlantik peliwat menjadi pemimpin negara ...
(3) membela penzina ... dengan berkata penzina itu tidak bersalah berzina dengan bini orang kerana penzina itu adalah ahli sekutunya ...
(4) pembela orang yang mahu membenarkan bangsa melayu yang merupakan umat islam murtad kerana orang tersebut adalah sekutunya
(5) mengamalkan dasar asobiyah yang amat kuat di mana orang sendiri akan dipertahankan walaupun melakukan kemungkaran (rujuk contoh no 3 dan 4)
(6) membenarkan fitnah dan dusta kerana fitnah dan dusta itu disebarkan oleh orangnya - contoh membenarkan fitnah haji hadi yang berkata umno melepaskan air semasa prk di Tenang.
(7) mengamalkan fitnah sebagai amalan harian, contoh menuduh tun m menonton vidio lucah dengan anaknya, menuduh nwar berahi meliwat tanpa 4 saksi (rujuk kes mat sabu tuduh nwar berahi dalam kes liwat 1) dan mencabar supaya nwar berahi menyaman orang yang menuduhnya, malangnya nwar berahi tidak menyaman orang itu sampai sekarang. dan menganggap nwar berahi bersalah cukup dengan cabaran itu tidak dijawap.
(8) mempertahankan peliwat tegar kerana peliwat tersebut kini menjadi sahabatnya, contoh kes liwat 2 di mana kutbah jumaat dan ceramah menjadi medan mempertahankan peliwat, walaupun peliwat tersebut tidak mampu menjejakan kaki di hadapan kabah dan enggan bersumpah ... satu perlakuan yang mempamirkan kedayusan yang amat
(9) ... sebenarnya banyak lagi tak larat aku nak tulis ... kamu fikirkanlah sendiri ... amacam din ... ada betoika ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive