Saturday 17 November 2012

PAS LEBIH SERONOK JIKA BN DI JATUHKAN DARI BINCANG SOALAN KEBEBASAN AGAMA


Terkejut MTK bila terbaca kenyataan dari seorang yang diiktiraf sebagai ketua dewan ulama yang memandang remeh isu kebebasan beragama yang diucapkan oleh nurul Izzah..

Entah dimana letaknya otak ketua dewan ulama Pas ni sampai sanggup berkata demikian.

"Ada yang mencadangkan isu kebebasan agama yang disampaikan rakan kita dijadikan topik utama, kita tidak ada masa hal bincang pasal tu. Kita fikir bagaimana nak gulingkan BN secara terperinci dan teratur," ketika berucap pada Majlis Perasmian Muktamar Pas Dewan Ulama di sini, pagi ini.

Dalam hal ini membuktikan bahawa Harun taib serta ulama ulama di dalam Pas menganggap soal akidah umat Islam tidak penting kerana mereka lebih memfokuskan kepada rampasan kuasa..

Sepatutnya dewan ulama Pas menjadikan isu nurul Izzah ini sebagai usul utama dalam muktamar Pas kerana ini melibatkan soal akidah umat Islam..

Dewan ulama perlu menjadi satu badan penentang dalam Pas jika sesuatu isu sensitif berkaitan akidah umat Islam disalah tafsirkan seperti ucapan kontroversi nurul Izzah, bukannya usaha menjatuhkan parti lawan lebih penting dari isu itu..






Pas hanya melaungkan parti mereka memperjuangkan Islam tetapi pada hakikatnya cukup sukar mengkritik jika pemimpin pakatan lain mempersendakan Islam..Malah membiarkan saja Islam itu dipermainkan..

Ini menunjukkan Pas sebuah parti yang tidak boleh dikritik dan tidak boleh menerima kenyataan kesalahan mereka..

Keghairahan Pas mengejar kuasa bersama sama parti pakatan yang lain tidak boleh dinafikan lagi.Tumpuan Pas kali ini hanyalah memenangi PRU 13, menawan putrajaya bukannya lagi menegakkan Negara Islam..

Dalam soal hudud pula, Pas masih bermimpi mahu melaksanakan undang undang hudud dengan mudah jika Pas menguasai kesemua 66 kerusi di Parlimen, sedangkan Pas sudah tahu 66 kerusi belum cukup mendapat majoriti mudah untuk meluluskan akta hudud..

MTK juga difahamkan pada tahun 2009, Pas telah menandatangani perjanjian sulit antara pakatan untuk tidak melaksanakan undang undang hudud di negara ini.

Jadi ini bermakna isu hudud ini hanyalah wayang bagi pas untuk menarik pengundi saja.. Ianya seperti satu watak dalam sebuah telenovela yang mempunyai berpuluh siri yang sama tetapi diakhirnya watak itu mati begitu saja..

Pas lebih mementingkan hubungan tahaluf siyasi mereka dari menegakkan prinsip perjuangan mereka..

Apa yang penting bagi Pas sekarang adalah kuasa, jawatan dan menumbangkan kerajaan yang sedia ada ini lebih mendapat keberkatan Allah SWT dari memperjuangkan Islam..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive