Friday 16 November 2012

PAS PANDAI BERMAIN WAYANG !! PERJANJIAN SULIT PR BUANG HUDUD !!




KUALA LUMPUR – Seorang bekas ahli seumur hidup PAS yang dikenali sebagai Cikgu Zainon Ismail (CN Al-Afghani) mendakwa parti berkenaan telah menandatangani perjanjian rahsia dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengugurkan terus perjuangan berkaitan hudud dan negara Islam di Malaysia.

Beliau mendakwa, perjanjian itu telah ditandatangani pada 18 Disember 2009 antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Di antara (kandungan perjanjian) ialah apabila Pakatan Rakyat berkuasa di Putrajaya, pemerintahan ini tidak akan menyentuh pasal hudud dan negara Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyertai sesi perbincangan bertajuk Merealisasikan Saranan Mengembalikan Pas Ke Landasan Asal dalam Wacana Mengembalikan Pas Ke Landasan Asal yang diadakan Ahad lalu di sini.



Kenyataan beliau itu agak bertepatan dengan pendirian PAS yang mengumumkan perjuangan untuk mewujudkan Negara Berkebajikan.

Malah, buku Negara Berkebajikan – Tawaran PAS yang menerangkan mengenai 10 konsep untuk mencapai Negara Berkebajikan, tidak ada langsung mana-mana konsep yang menyebut mengenai hudud dan negara Islam.

Kandungan buku itu nyata mencerminkan PAS mungkin sudah mempunyai perjanjian untuk mengugurkan terus hudud dan negara Islam dari perjuangan mereka.

Tambah Cikgu Non, beliau telah memuatkan mengenai perjanjian rahsia itu dalam buku karangannya dan telah mendapatkan kepastian berhubung perkara itu sebelum berbuat demikian.

“Saya sudah rujuk kepada orang-orang yang berkenaan sebelum tulis ini,” jelasnya.

Beliau berkata, kepimpinan PAS merahsiakan hal berkenaan daripada pengetahuan ahli dan rakyat negara ini.

“Inilah kesilapan pemimpin-pemimpin kita kerana buat sesuatu tidak hebahkan kepada rakyat,” katanya.



SUMBER

1 comment:

Anonymous said...

وَإِذَا لَقُواْ الَّذِينَ آمَنُواْ قَالُواْ آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْاْ إِلَى شَيَاطِينِهِمْ قَالُواْ إِنَّا مَعَكْمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِؤُونَ (2:14)

"Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: ""Kami telah beriman."" Dan bila mereka kembali kepada syaitan-setan mereka, mereka mengatakan: ""Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok""."

Maka benarlah firman Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive