Friday 2 November 2012

PANASS !! SELEPAS DITANGKAP KHALWAT, OSTAT PKR DI TANGKAP BERSEDUDUKAN DENGAN JANDA ??




Jais gagalkan himpunan cuba hidupkan Al-Arqam

Sungguh mengejutkan ostad al khalwati yang menjadi pojaan ahlul ahlu Pas dan PKR ditangkap bersama sama kumpulan ajaran sesat yang mahu menghidupkan kembali gerakan Al Arqam di Bandar Country Homes Rawang..

Jabatan Agama Islam Selangor telah menggagalkan satu perhimpunan ajaran sesat, yang disyaki 'Aurad Muhammadiah' malam tadi.

Perhimpunan itu, yang dinamakan Majlis Kenduri Mega dan Doa Selamat, melanggar Seksyen 12 (C), Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Serbuan Jais dibuat kira-kira jam 10.30 malam dan beberapa ahli jawatankuasa majlis ditahan bagi membantu siasatan.





Majlis Ulang Tahun ke-12 Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) sempena Milad Abuya Syeikh Imam Muhammad AtTamimi itu dihadiri hampir 3,500 orang. Awalnya dijangkakan hampir 5,000 orang akan hadir.

Serbuan yang diketuai Penolong Pengarah Seksyen Perundangan dan Kesalahan Unit Dasar Penyelewengan Jais Sharom Maarof dengan kerjasama pihak Polis, itu diadakan kerana ada cubaan untuk menghidupkan kembali ajaran Al-Arqam, berdasarkan sambutan tersebut yang diadakan bagi memperingati pengasasnya Allahyarham Ashaari Muhammad.

Difahamkan, lebih 20 orang tetamu termasuk Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Badrulamin Baharon ditahan untuk diambil keterangan dan membantu siasatan.

Seorang timbalan pengarah perhimpunan, yang dikenali sebagai Nawawi, ketika disoal siasat pegawai penguat kuasa Jais berkata, perhimpunan diadakan sempena sambutan ulang tahun keputeraan Ashaari Muhammad bertemakan "Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib".

Nawawi berkata mereka hanya mengadakan kenduri mega dan majlis doa selamat.

Berlaku sedikit kekecohan antara pengikut ajaran dengan anggota penguat kuasa Jais kerana enggan mengikut arahan membantu siasatan.


MTK
Sah PKR dan PAS sama sama sesat

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive