Sunday 28 October 2012

PANASSS !!! AZIZAN MENGAMUK BLOGGER UPAHANNYA SALAH TEMBAK ORANG




Tudiaa, ternyata selama ini blogger pas kedah memang kaki fitnah..Pekara ini didedahkan sendiri oleh MB dalam kenyataanya berhubung tindakkan blogger upahannya tersalah target untuk kaitkan isu Pulau Bumbun Besar langkawi dengan Datuk Rasli SUK Negeri Kedah..


MTK dengaq cerita projek Pulau Bumbun ni ada tangan tangan ghaib dalam pas yang duk atoq projek ni..Bila dah kantoi depa duk cari jalan nak lepas diri, lepas tu suruh blogger upahan buat cerita kata geng geng KCS yang duk buat kerja jahat, padahal yang duk duduk dibelakang geng geng kcs ni semuanya orang besar dalam pas..

Baca laporan dibawah


Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rasli Basir tidak mengamalkan nepotisme berkaitan projek di Pulau Bumbun Besar, Langkawi.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, ia bukan bermaksud mempertahan Rasli, sebaliknya maklumat yang tidak tepat disebarkan hingga menjadi bualan panas dalam blog tempatan kebelakangan ini.

“Tak betul, saya bukan nak bela dia dalam perkara ini, tetapi ramai yang mendapat maklumat salah. Tambahan pula, Rasli tiada kuasa untuk luluskan perkara itu kerana ia perlu dibuat melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen),” katanya.

Beliau berkata, permohonan kelulusan tanah dan membangunkan projek di pulau itu dibuat oleh sebuah syarikat milik penuh Bumiputera beribu pejabat di Kuala Lumpur.



“Setiap pelabur di Kedah yang ingin membuat pelaburan hendaklah membuat permohonan melalui Upen, yang seterusnya membawa cadangan itu ke State Planning Comittee (SPC), di mana saya adalah pengerusinya,” katanya.

Menurutnya, secara kebetulan salah seorang anak saudara Rasli bekerja di syarikat terbabit menyebabkan tuduhan dilemparkan kononnya dia mengamalkan nepotisme.

“Jika begitu susahlah, ada sahaja pertalian saudara, dianggap amal nepotisme. Contohnya saya dengan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Puat Mohd Ali, dia adik sepupu saya, takkan dia perlu berhenti kerja kerana dia naik pangkat sebelum saya jadi Menteri Besar lagi. Itu tanggapan yang tidak adil,” katanya.

Azizan berkata, semua pihak perlu bersikap adil dalam perkara ini dan beliau sudah pun membuat penjelasan kepada Ahli Majlis (Pas) berhubung perkara itu.

Isu mengenai Pulau Bumbun Besar mula diperkatakan apabila blogger tempatan mendedahkan penglibatan saudara Rasli dalam cadangan projek pembangunan Pusat Peranginan dan Rekreasi Antarabangsa terkemuka di Asia.

Berdasarkan dakwaan itu, Rasli berhasrat memiliki pulau itu bagi membangunkan projek mega bernilai RM1.2 bilion, melibatkan pengambilan tanah (syarat pertanian) milik Kerajaan Negeri berkeluasan 64 hektar.

Bagaimana pun, difahamkan projek itu tidak menjadi kenyataan apabila permohonan ditolak Kerajaan Negeri. Ini menyebabkan pihak berkepentingan kecewa dan marah, khususnya terhadap Azizan sehingga timbul isu mengaitkan Rasli dan kroninya membuat onar dalam pentadbiran sebagai membalas dendam.

Laporan dari Pejabat Tanah Langkawi mendapati, sebelum permohonan syarikat terbabit, sudah ada pihak lain berminat ke atas tanah di pulau itu sejak 1991.

Pihak terbabit turut membuat permohonan rasmi untuk mendapat kelulusan Pejabat Tanah Langkawi namun tidak diproses kecuali diluluskan sebidang tanah (geran individu) berkeluasan antara 6.7-6.8 hektar di tengah-tengah pulau itu.

Mengulas kemungkinan satu lagi demonstrasi aman diadakan dalam masa terdekat bagi mendesak Rasli meletak jawatan, Azizan berkata, itu hak masing-masing untuk menyatakan pandangan mereka.

“Itu hak mereka, saya tak boleh halang. Masing-masing ada hujah tersendiri, saya bukan mahu pertahan Rasli tapi kedua-dua pihak ada alasan masing-masing kenapa mereka bertindak begitu,” katanya...SINAR ONLINE

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive