Saturday 29 September 2012

POS MALAYSIA ADA MASALAH APA NI ?? DAH MACAM MACAM ORANG KOMPLEN



Dah banyak kali aku terbaca artikel aduan orang ramai tentang perkhidmatan buruk yang ditunjukkan oleh staf Pos Malaysia di ruangan forum Utusan yang kebanyakkannya masih tidak puas hati mutu perkhidmatan Pos Malaysia..

Aku pernah lalui pekara yang sama dimana ianya melibatkan surat surat penting..Dimana surat tidak sampai dan lewat hingga beberapa minggu..Pernah beberapa kali aku membuat aduan kepada pihak atasan, namun mutu perkhidmatan yang ditunjukkan tidak berubah..

Ini antara aduan yang disiarkan dalam Forum Utusan Malaysia pada 20/9/2012 dan 28/9/2012



48 hari perjalanan sekeping kad dari Pejabat Pos Gombak ke Seremban...


HAIRAN AJAIB
Gombak, Kuala Lumpur
BARU-BARU ini melalui ruangan ini saya telah membaca rintihan penulis bernama Bengang yang meluahkan rasa kesal kerana kad jemputan majlis perkahwinan yang beliau hantar tidak sampai ke destinasi walaupun telah diposkan sebulan sebelum tarikh majlis pada awal September.

Saya simpati dengan beliau. Rasa simpati ini kemudian bertukar menjadi kesal dan geram apabila saya mengalami peristiwa seperti yang dialami oleh Bengang, malah mungkin lebih teruk lagi.

Saya juga mengadakan majlis perkahwinan pada awal September. Seperti Bengang, kad jemputan melalui pos saya hantar sebulan awal dengan harapan sampai ke destinasi sebelum majlis berlangsung.

Walaupun ketika itu musim Hari Raya dan pos mengendalikan kad hari raya, saya percaya sebulan sudah mencukupi untuk kad jemputan yang saya hantar sampai ke destinasi.

Beberapa hari sebelum majlis berlangsung, saya membuat panggilan rawak kepada beberapa rakan. Ramai antara mereka belum menerima kad setelah hampir sebulan diposkan. Saya terpaksa memberi maklumat kepada mereka mengenai perincian majlis seperti tarikh, lokasi dan waktu.

Namun saya tidak berupaya untuk membuat panggilan kepada semua kerana jumlah kad yang saya hantar melalui pos adalah banyak. Pada hari majlis ada kawan memberitahu, mereka masih belum menerima kad.

Perasaan kesal saya memuncak apabila pada hari Selasa 18 September, selepas cuti tiga hari hujung minggu, seorang rakan dari Seremban menelefon memberitahu dia baru sahaja menerima kad jemputan saya. Tarikh majlis sudah lama berlalu.

Kad jemputan itu saya hantar melalui Pejabat Pos Gombak. Ertinya perjalanan kad saya dari Gombak ke Seremban mengambil masa sebulan 18 hari. Jenaka apakah ini wahai Pos Malaysia?

Tugas hakiki Pos Malaysia adalah untuk urusan mel dan surat menyurat. Barangkali Pos Malaysia sudah terlalu banyak mengendalikan urusan bukan hakiki yang menyebabkan mutu perkhidmatannya terjejas.

Saya harap Pos Malaysia berusaha memperbaiki perkhidmatan untuk memastikan orang ramai terus yakin dengan mutu perkhidmatan yang diberikan.

Aduan ke 2

Pos laju, mana bungkusan eBay saya?

KECEWA DAN BENGANG
Kuala Nerang, Kedah

SAYA adalah antara pengguna yang menggunakan perkhidmatan pos laju, Pos Malaysia.

Segalanya bermula apabila saya membeli satu item di eBay dan nombor item yang diposkan ialah CF200221838US pada 15hb Julai 2012.

Pada 24 Julai barang tersebut telah pun selamat sampai ke Malaysia. Entah di mana silapnya bungkusan telah dihantar ke PPL Johor dan kemudiannya dibawa balik ke KLIA pada 30 Julai 2012. Sehingga ke hari ini saya masih belum mendapat bungkusan itu.

Telah berpuluh kali saya menghubungi careline 1300300300 dan telah pun diberikan nombor kes PMB A67535.

Tidak tahulah saya apa yang dibuat oleh kakitangan tersebut sampai ke hari ini agak payah untuk menghantar bungkusan tersebut kepada saya dari cawangan Kuala Nerang.

Kalau tidak dapat dengan telefon saya berulang dengan motosikal untuk bertanya mengenai bungkusan tersebut.

Seribu satu jawapan yang saya dapat, siap gelak-gelak lagi. Antara jawapan yang saya dapat "pos biasa memang lambat", "dok kat kastam kot", "depa KL tak bagitau apa-apa pun", "silap alamat kot", "kita tanya dah, depa kata nak contact penerima" macam macam lagi.

Emel ke carepos pun saya hantar pada 9 September, tapi tiada balasan.


Aku tak tahu, sampai bilakah Pos Malaysia nak baiki mutu pretasi mereka..Kalau setiap hari ada aduan yang hampir sama, mintak pihak atasan tolong selesaikan segera..


MTK
Slogan dijamin sampai esok tu boleh lah tukar lepas ni letak "jangan risau lagi 1 bulan akan sampai"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive