Tuesday 25 September 2012

PANASS !!! GUAN ENG NAK CLAIM ROYALTI P RAMLEE PULAK DAH




Ada dua sebab kenapa Guan Eng lidah bewak guna nama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee antaranya ialah untuk menutup kesalahan kenyataan menghina umat Islam yang dilakukan oleh Ngeh dan untuk menarik sokongan Melayu di Pulau Pinang kononnya Dap perjuangkan hak Melayu..

Agak menghairankan setelah hampir sepenggal mentadbir Pulau Pinang, baru sekarang Guan Eng menjaja nama Allahyarham supaya kerajaan pusat mengantikan nama  Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas kepada Lapangan Terbang Antarabangsa P.Ramlee..

Penghinaan Ngeh terhadap umat Islam baru baru ini mendapat kecaman hebat dari seluruh rakyat Malaysia..Walaupun ada dikalangan pemimpin Pas cuba mempertahankan tindakkan Ngeh dan menganggap kenyataan itu sebagai pendapat peribadi, tetapi ianya tidak dapat menyekang kemarahan seluruh umat Islam di Malaysia..




Kerajaan Pulau Pinang mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa P. Ramlee bagi mengenang jasa seniman terunggul itu.

“Pulau Pinang amat bangga bahawa Allayarham Tan Sri P. Ramlee adalah anak negeri Pulau Pinang yang dibesarkan dan belajar di sini,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive