Friday 31 August 2012

TUDIAA !! PENDUDUK TERPAKSA GALI TELAGA BUKTI KEGAGALAN KERAJAAN PAS KEDAH !! #ubahkedah


Kesian aku tengok keperitan dan kesusahan penduduk penduduk kampung yang tinggal dikawasan pedalaman sering alami masalah tekanan air rendah sejak Pas mengambil alih kerajaan negeri..

Rata rata penduduk sangat kecewa dengan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat SADA yang masih gagal menaiktaraf sistem bekalan air..Sejak jabatan bekalan air Kedah di Koperatkan tekanan air rendah masih tak dapat diatasi..

Malah kampung aku yang jarak hanya 10km dari rumah pam alami nasib yang sama dengan penduduk di Baling..Bayangkan lah bila hari cuti contohnya hari raya baru baru ni nak tahan air 1 kolah pun susah..Sudahlah air pelahan, kotor pulak tu..

Sebelum Pas ambil alih Kedah depa dah janji nak turunkan segala mak nenek termasuk tarif air..tapi macam duk kata la, baru berapa bulan dapat kuasa terus naikkan harga 30-40%..Agak agak berbaloikah rakyat bayar bil air mahal tapi servis yang dibagi macam HARAM !!



BALING - Kira-kira 400 penduduk di sekitar Kampung Tebing Tinggi, Mukim Kupang dekat sini, kecewa kerana sering kali berhadapan masalah tekanan air rendah sejak tiga tahun lalu.

Keadaan itu memaksa penduduk terpaksa mengeluarkan modal sendiri untuk membeli pam air selain mengorek telaga untuk kemudahan mereka.

Penduduk, Zakaria Wahab, 32, berkata, tekanan air di kawasan kampung itu begitu rendah sehingga menjejaskan aktiviti harian penduduk.

Menurutnya, keadaan bertambah teruk pada waktu perayaan kerana kebanyakan penduduk memerlukan kuantiti air yang banyak.

“Masalah air berlarutan sejak sekian lama sehingga penduduk tekad untuk membeli pam air mahupun mengorek telaga,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, walaupun pihak Syarikat Air Darul Aman (Sada) ada membekalkan air di kampung berkenaan, ia hanya untuk sementara waktu.

“Kami tetap bersyukur dengan pemberian air berkenaan tetapi penduduk masih lagi berhadapan dengan masalah tekanan air yang teruk.

“Keluarga yang berkemampuan mungkin dapat membeli pam air tetapi keluarga yang tidak berkemampuan pastinya terpaksa meneruskan kehidupan tanpa keperluan asas ini,” katanya.

Katanya, keadaan kampung yang jauh dari sungai mengakibatkan penduduk tidak mempunyai alternatif lain selain menakung air pada setiap hari.

“Menjadi rutin harian penduduk menakung air pada waktu malam kerana ketiadaan air pada waktu petang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Tebing Tinggi, Abdul Razak Md Noh menggesa pihak berkenaan membantu menyelesaikan kemelut yang melanda penduduk kampung di sini.

“Masalah air seharusnya tidak lagi berlaku pada ketika ini. Tetapi, penduduk masih terpaksa terpaksa mengorek telaga untuk mendapatkan air.

“Masalah ini bukan perkara baru, tetapi sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu. Sehubungan itu, pihak berkenaan perlu turun padang bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya.


MTK
CONFIRM ESOK KATA SALAH UMNO

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive