Wednesday 29 August 2012

PANASSS !!! AKTIVITI MAKSIAT HANYA BEBERAPA METER DARI PEJABAT OSTAD JIJAN ?!! TAKBIRR



Inilah dinamakan parti Isle SeMalaya atau hamPas, aktiviti maksiat di taman rimba yang bersebelahan dengan pejabat MB pun tak boleh pantau..setiap hari mesti ada pasangan yang datang untuk berasmaradana di taman rimba..Pemimpin Pas Kedah ambil kisah tak pasal benda ni ?? mana pergi taliban taliban unit amal pas ??

ALOR STAR- Jijik dan sakit mata melihat pelbagai aksi pasangan ‘berasmara’ di Taman Jubli Perak atau lebih dikenali dengan Taman Rimba yang menjadi tumpuan orang ramai untuk melakukan senaman pada waktu pagi dan petang.

Pekerja yang melakukan pembersihan di kawasan itu, Junaidah Yusof, 29, berkata, pasangan yang tidak segan silu melakukan hubungan seks di kawasan terbuka itu kerap dilihat pada hari Jumaat dan Sabtu.

Menurutnya, kawasan yang dipenuhi dengan pokok dan suasana yang redup itu disalahgunakan golongan itu untuk melakukan aktiviti maksiat. “Sepanjang tempoh lima bulan saya bekerja di sini, kerap kali saya menemui kondom, pakaian dalam wanita dan lelaki di merata kawasan riadah ini.

“Mereka yang melakukan maksiat ini langsung tidak mempedulikan orang ramai yang berjoging ataupun bersenam di sini kerana apabila ditegur kami pula yang akan dimarahi oleh mereka" katanya kepada Sinar Harian.



Junaidah berkata, pondok rehat dan kerusi yang dibina untuk kemudahan orang ramai berehat seringkali dijadikan sebagai lokasi pasangan melakukan aktiviti tidak bermoral itu terutama pada waktu hujan dan cuaca agak sejuk.

Menurutnya, pada waktu dia menjalankan tugas, dia juga pernah melihat pasangan berpelukan, bercium dan ada di antara pasangan yang melakukan lebih daripada itu.

Pengunjung, Shahrul Azilan Said, 38, berkata, dia juga sering melihat pasangan melakukan maksiat di sepanjang kawasan taman itu sewaktu membawa keluarga beriadah pada waktu petang.

“Saya kerap mengunjungi taman ini untuk melakukan senaman dan beriadah bersama keluarga namun apabila perkara ini berlaku, ia menunjukkan perkara tidak baik kepada anak saya yang masih kecil.

“Setiap kali saya datang ke sini, pasti saya akan terlihat pasangan berdua-duaan malahan lebih teruk lagi apabila mereka turut menjadikan lokasi ini sebagai tempat untuk melepaskan nafsu,” katanya.

Shahrul berkata, penguatkuasaan dan pemantauan oleh Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) perlu dilaksanakan segera bagi membendung masalah yang berlaku di kawasan ini. Menurutnya, dengan adanya penguatkuasaan yang kerap daripada pihak terlibat, gejala ini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.

Seorang lagi pekerja di Taman Jubli Perak, Nabilah Yusof, 19, berkata, gejala yang berlaku di kawasan taman itu perlu dibendung agar keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dapat dielakkan. Nabilah berkata, pasangan yang melakukan maksiat di kawasan itu juga seharusnya malu dengan apa yang mereka lakukan dengan orang ramai yang menggunakan kawasan taman ini untuk melakukan aktiviti sukan.

“Usaha membanteras gejala ini bukan sahaja terletak pada pihak yang bertanggungjawab malahan semua pihak termasuklah orang ramai yang mengunjungi kawasan taman ini,” katanya..SINAR

KOMEN MTK
Kalau hampa nak tau Taman Jubli atau taman rimba ni sebenarnya sebelah dengan Wisma Darulaman ja. Tempat dimana pentadbiran kerajaan negeri yang mengaku Islamik tu...

Memang kegiatan sumbang di Taman ni telah lama, namun ianya dulu dicegah oleh penguatkuasa dan selalu dipantau...Tapi kini dah jadi lebih teruk bila tak ada pencegahan diambil... Belah siang cara belah siang, belah malam pulak golongan muda termasuk anak anak melayu tak perlu risau lagi sebab kelab malam untuk golongan muda berhibur dan makin banyak kat Alor Setar.

Ingatkan bila zaman Pas perintah , semua masalah sosial boleh dikurangkan. Tapi lain pulak jadinya..Malah lebih teruk. Dengaq kata pun ada 2,3 orang Exco ada bagi beberapa lesen kat pengusaha kelab malam untuk on bisnes ni.. Dulu puak yang jadi kerajaan ni selalu komplain pasal kerajaan lama tidak peka terhadap masalah sosial dan rakyat. Kali ni bila depa dah jadi kerajaan, perkara yang sama juga berlaku. Malah depa menambah-menambah masalah yang dulu menjadi lagi teruk!..

Jadi hampa pikiaq pikiaq la noo apa depa buat selama 4 tahun ni makin elok ka makin celaru..Kalau rasa depa ni mereben buat jahanamkan negeri elok tukaq ja PRU ni..buat apa pangkah kalau masalah makin teruk..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive