Monday 2 July 2012

PARLIMEN POKOK SENA BERI MANDAT KEPADA PAS BUKANYA MAHFUZ



Nampaknya Naib Presiden PAS yang paling dungu dalam sejarah parti itu, Mahfuz Omar masih lagi rindu pada Pak Lah dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Mahfuz dalam kenyataannya kepada lidah rasmi PAS, Harakahdaily, semalam menyatakan bahawa rakyat memberikan mandat kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan bukannya kepada Najib untuk menjadi Perdana Menteri.

Mahfuz marah pada Najib memandangkan Perdana Menteri itu masih lagi tidak memuaskan hatinya yang meruntun-runtun ingin mengetahui tarikh Pilihanraya Umum ke-13 sedangkan Najib terus bermain teka-teki dan mempermainkan perasaan “mulus” Naib Presiden PAS itu.

Najib, dalam kenyataannya malam tadi menegaskan kerajaan BN sekarang berhasrat untuk menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun untuk berkhidmat kepada rakyat selepas memenangi pilihan raya tahun 2008.

Dan jelas kenyataan Najib itu membuatkan jiwa Mahfuz semakin meroyan dan mengundang kerinduan hatinya kepada bekas Perdana Menteri, Pak Lah…



Persoalannya, apakah benar kata-kata Mahfuz itu yang menyatakan bahawa rakyat memberi mandat kepada Pak Lah dan bukan kepada Najib?

Atau Mahfuz yang bukan kepalangnya bodoh itu cuba melaga-lagakan Najib dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi?

Di sinilah kita akan dapat melihat satu lagi siri kedangkalan dan betapa pendeknya akal Mahfuz untuk berhujah mengenai sesuatu yang sangat mudah dan jelas sekali Naib Presiden PAS itu tidak berfikir sebelum bercakap.

Siapa kata rakyat memberikan mandat kepada Pak Lah? Dan lupakah Mahfuz tentang salah satu faktor terbesar yang menyumbang kepada kegagalan BN untuk mendapatkan majoriti 2/3 di Parlimen adalah disebabkan oleh kepimpinan BN yang lemah pada ketika itu?

Apakah Mahfuz lupa tentang sebab utama yang menjadi faktor penyebab kepada proses peralihan kuasa di antara Tun Abdullah ketika itu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak? Atau Mahfuz perlu diketuk kepalanya untuk mengingatkan kembali kepada perisitiwa itu..?!

Untuk membetulkan otak Mahfuz yang rendah IQ itu, suka saya menjelaskan padanya bahawa rakyat Malaysia memberikan MANDAT KEPADA BN dan BUKANNYA KEPADA PAK LAH!

Rakyat Malaysia tidak bodoh seperti Mahfuz yang mahu seorang pemimpin yang lemah untuk mentadbir negara dan peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib merupakan satu keputusan yang paling tepat yang pernah Pak Lah lakukan demi kesinambungan pentadbiran BN yang cemerlang!

Jangan Mahfuz fikir propagandanya itu mampu melaga-lagakan Najib dan Pak Lah sewenang-wenangnya memandangkan IQ Najib dan Pak Lah jauh lebih tinggi darinya dan mereka tidak akan melayan kenyataan pemimpin PAS yang “berotak udang” sepertinya.

Mahfuz perlu tahu bahawa dia hanya mampu memperbodohkan puak-puak PAS di Pokok Sena yang dulunya tertipu dengan kebodohannya dan dikhabarkan rakyat di kawasan itu kini telah “terjaga dari lena” untuk mencari pemimpin yang lebih bijak darinya.

Difahamkan juga bahawa Mahfuz kini menghadapi kesukaran mengekalkan tempatnya sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena disebabkan dirinya yang jarang turun padang dan mengambil tahu tentang kawasan yang diwakilinya itu.

Apatah lagi dengan maklumat dalaman PAS yang menyatakan bahawa terdapat perselisihan faham di antara Pesuruhjaya PAS Kedah, Azizan Razak dan Mahfuz Omar, sehingga menyebabkan Naib Presiden PAS itu meletakkan jawatannya di dalam anak syarikat kerajaan negeri, Kedah Sato, sebelum ini.

Sekiranya pergeseran antara Mahfuz dan Azizan itu tidak diperbaiki, Mahfuz dijangka akan dipaksa keluar dari bertanding di mana-mana kawasan Parlimen Kedah dan berkemungkinan dia terpaksa merayu dari negeri-negeri lain yang mahu menerimanya sebagai wakil parlimen mereka.

Persoalannya, siapa yang mahu terima Mahfuz Omar?

Mahfuz perlu tahu bahawa lebih baik dia mendiamkan diri dari terus mempamerkan kebodohannya dan dia perlu tahu bahawa dia menang PRU sebelum ini bukanlah kerana rakyat memilih dirinya, tapi rakyat Pokok Sena memilih PAS!

SUMBER MYKMU

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive